Mereka yang sudi.......

Friday, August 19, 2011

Sotong Goreng Rangup

Salam Ramadhan.Tak ada apa-apa resepi istimewa sebenarnya. Cuma tangan aja gatal nak tekan keyboard bila masa terluang. Gambar pun saja-saja diambil lepas sotong tu dimasak. masak sotong ni untuk munching-munching lepas buka puasa.Bahannya pun campak-campak apa yang ada aje.Jemput tengok resepi jika sudi ya.

Bahan-banahnnya
* 6 ekor sotong sederhana besar
* 2 biji telur (saiz kecil)
* 1 cawan tepung jagung
* 1/2 cawan tepung beras
* 2 sudu besar rempah kurma
* garam dan serbuk kunyit secukupnya
* minyak untuk mengoreng


Cara memasak
1- Sotong dibersihkan dan dipotong bulat.
2- Campurkan garam,kunyit dan rempah kari dan gaul sebati bersama sotong.Perap sebentar.
3- Campurkan tepung jagung dan tepung beras dalam mangkuk.
4- Kocok telur bersama secubit garam
5- Celup sotong kedalam telur dan gaul kedalam campuran tepung.Pastikan semua sotong bersalut tepung.
6-Panaskan minyak didalam kuali dan goreng terendam sotong.Bila sotong nampak kekuningan dan agak garing bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info