Mereka yang sudi.......

Saturday, January 25, 2014

Spaghetti Goreng Basah

Assalam semua. Resepi yang amat mudah dan menjadi kegemaran setiap ahli keluarga. Rasanya tak payah nak susah hati bila terasa nak makan mi goreng, tapi tak ada stock mee basah, guna je sphagetti.Jom tengok bahannya ya?

Bahan-bahannya
* 1/2 paket sphagetti
* 200 grm minced chicken
* potongan kubis secukupnya
* 1 biji parutan carrot saiz kecil
* 2 pokok daun bawang
* 1 keping chicken stock

Cara-caranya
1- Panaskan air dalam periuk bersama sedikit garam hingga mendidih dan rebus sphagetti hingga lembut.
2- panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan 3 ulas bawang putih yang dipotong halus.
3- Masukkan pula daging ayam dan goreng hingga masak.
4- Masukkan potongan sayur-sayuran bersama kepingan chicken stock dan secubit garam.
5- Siram dalam 4 senduk air rebusan sphagetti tadi kedamlam sayur yang sedang digoreng. Gaul semua bahan dan masukkan sphagetti yang telah ditoskan airnya.
6. Gaul dan masak sphagetti dalam 2 hingga 3 minit lagi dan tambah sedikit garam jika perlu. Tutup api.
7- Taburkan chili flakes diatas sphagetti semasa menghidangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info