Mereka yang sudi.......

Sunday, January 26, 2014

Lava coklat cupcakes

Assalam. Pagi sabtu yang dikejutkan oleh little laling(Hana). Katanya' mama let's go down and bake some coklat cupcakes for breakfast'. I will get the recipe from youtube and you go and get ready ok. Yes mdm kecik!
Walau pun pada mulanya terasa annoyed sebab teringin nak bangun lambat dan tiada cadangan untuk menyediakan sarapan pagi ni,tapi lepas tu rasa puas dan happy dapat melayan kerenahnya dan main masak-masak dgnnya dipagi minggu. Siap buat video bidan terjun lagi.
Thank you anak(Hana Helena Harith Thean) buah hati pengarang jantung kami semua.

Bahan- bahannya
* 1 1/3 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan susu segar
* 1/2 cawan minyak masak
* 1/2 cawan serbuk koko
* 2 biji telur gred A
*  2 sudu kecil baking powder
* secubit garam

Cara-caranya
1- Campurkan tepung gandum bersama garam dan baking powder dan masukkan kedalam bekas adunan.
2- Masukan pula gula dan serbuk koko dan kacau biar bahan sebati.
3- Tuang minyak dan telur kedalam bahan kering tadi dan kacau sebati.
4- Masukkan separuh susu kedalam adunan dan kacau bahan hingga sebati dan perlahan-lahan tuangkan semua baki susu.
kacau hingga bahan tidak lagi bergentel.
5- Masukkan lebih kurang 2/3 penuh batter kedalam muffin cup.
6- panaskan oven dgn suhu 180o dan bakar cupcakes selama lebih kurang 15 ke 18 belas minit.
* Jika inginkan bahagian dlm kek mengalir keluar bila dipotong bakar ke selama lebik kurang 12 minit dan sekiranya inginkan kek yang masak sepenuhnya , bakar kek selama lebih kurang 18 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info