Mereka yang sudi.......

Monday, January 13, 2014

Donut Cheese


Salam tahun baru 2014 untuk semua.
Lamanya tak berblog, rindu sungguh, tapi kesibukan kerja tak mengizinkan untuk duduk depan lapy lama-lama.
Hari-hari masak tapi malas sungguh nak ambil gambar, maka tak adalah bahan yang boleh ditulis.
Donut ni dibuat hari Sabtu lepas kala keinginan nak makan something yang berchezzzy  datang melanda.
Maka digodek je resepi yang dah pernah dibuat dan chedar cheese yang ada seketul tu diparut je untuk ditabur diatasnya.
Chocolate Melting Pot yang baru dibeli ni betul-betul menyenangkan kerja.

Bahan-bahan untuk donut
* 2 cawan tepung roti
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar susu tepung 1 sudu besar gula
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu besar shortening
* 1.2 sudu kecil garam
* 1 biji telur
* 6 grm yis
* 100ml air suam
* 80grm coklat putih

Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk dan gaul sebati.
2- Masukkan air secara sedikit demi sedikit dan uli adunan menjadi doh lembut.
3- Tutup mangkuk adunan dengan tuala kering dan biarkan seketika hingga adunan naik sekali ganda.
4- Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan sedikit dan buat adunan bulat kecil lebih kurang 50grm setiap 1.
5- Biarkan seketika. Ambil sebiji adunan dan buat lubang ditengah.
6- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng donut hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
7- Cairkan coklat masakan dan celup permukaan donut kedalam coklat putih tadi.
8- Taburkan pula cheddar cheese yang telah diparut. Siap untuk dihidang.

                                                                      happy cooking 

5 comments:

  1. Assalamualaikum Puan Ros...

    The moment I saw the second photo in this posting, I got pretty excited! I pun ada that cute yellow thingy untuk cairkan coklat. Hihihi... Then barulah pandangan beralih kepada donut pulak. Hish dah malam malam ni nampak donut pulak! Tapi rasanya macam dah tak laratlah nak ke dapur... :)

    ReplyDelete
  2. Welcome back! I rasa nak makan sekarang lah, haha!

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul,
    Sedap nampaknya tu Kak Ros

    ReplyDelete
  4. Hello Kak Ros, donut you betul betul chezzy la, teringin sangat nak makan bila nampak donut you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info