Karipap Roti Inti Cheese

Salam Ahad untuk semua.
Resepi karipap roti inti cheese yang memang ummp bila dimakan masa panas-panas.
Resepi asal dari fb bukuresipi, P.Ros olahkan menjadi bentuk karipap dan disalut serbuk roti. Memang sedap. Pencita cheese harus lah mencuba resepi yang sangat senang untuk disediakan ini.

Bahan-bahanya
* 6 keping roti gardenia dipotong bulat mengunakan mangkuk atau cawan.
* Parutan cheedar cheese secukupnya
* Serbuk roti warna oren secukupnya
* putih telur saiz besar
* sedikit chili flakes (optional)
Cara-caranya
1- Potong roti bentuk bulat, parut kan cheddar cheese dan masukan parutan cheese kedalam roti secukupnya. Taburkan sedikit chili flakes, dan bentukkan roti menjadi seperti karipap.Tekan tepinya dengan kemas agar cheese tak terkeluar semasa mengoreng.
2- Celup roti dalam putih telur dan salutkan dengan serbuk roti.
3- Panaskan minyak secukupnya dan goreng roti hingga garing dengan api sederhana, toskan minyak dan siap untuk dihidang.

Comments

  1. sedap pulak mlm2 tengok karipap roti cheese ni...esok cm nk cari cheese jgk la...

    ReplyDelete
  2. terbaik meleleh air liur teman !!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts