Chocolate Oreo Cheese Truffle


Salam untuk semua. Chocolate oreo truffle yang dibuat bersama litttle laling(my Hana) untuk mengurangkan kebosanannya . Sungguh senang dan sedap. 1 hari makan sebiji, setiap kali memakannya hati rasa gembira.Rasa manis biskut oreo dan coklat ditambah sedikit lemak masin dari tatura cheese memang sedap pada rasa Pn.Ros.


Bahan-bahannya
* 1 paket biskut oreo yang dah siap dihancurkan
* 100 ke 120 grm cream cheese Tatura.
* Chocolate compound secukupnya ( Pn Ros tak timbang jadi tak boleh nak tulis brapa gram)
Cara-caranya
1- Putar cream cheese sekejap.Masukkan separuh dari biskut oreo.Putar lagi.
2- Masukkan keseluruhan biskut orea dan kacau hingga bahan sebati.Boleh guna tangan jika mahu.
3- Kepal-kepal kan adunan menjadi bebola, saiznya pilihan masing-masing.
4- Simpan didalam peti sejuk selama beberapa jam atau pun semalaman.
5- Masak colat compound secara double boiler dan celupkan truffle oreo kedalam nya.
6- Letakan truffle chocolat diatas dulang yang telah dialas Parchment paper.
7- Boleh la disimpan didalam peti sejuk dan dikeluarkan bila hendak memakannya.





 happy cooking 

Comments

  1. salam ros...nampak sedap dan senang...insyallah nak try nanti..salam kenalan nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal ela, memang sedap, lebih2 lagi bila baru keluar dari peti ais, boleh makan berbiji-biji.Terima kasih sudi singgah

      Delete
  2. Salam Ros..wah bagus ni..macam senang kan...ok nnti nekcik buat..mesti ramai peminatnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik sedap ni , buat lepas tu simpan dlm oeti sejuk . Sedap sungguh.

      Delete
  3. senang jer tak payah nak guna oven bagai.... kena rajin jer, nampak pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mystorypic cukup mudah membuatnya. Musim cuti ni boleh buat aktiviti dgn anak2.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts