Bread Bowl Mushroom Soup


Salam untuk semua.Wah dak agak lama tak update blog. Rupanya begini rasanya ya bila lama tak update, susah sungguh kalau nak mula semula.
Pagi ni cari jalan mudah untuk buat hidangan sarapan dan lunch segali gus.Sedap berbaloi-baloi.Roti ni Puan Ros buat saiz kecil senang dapat seorang sebiji dan boleh makan sampai habis. kalau buat besar2 takut muak dan tak habis makan sorang-sorang.

Bahan-bahan Untuk Roti
* 500 grm tepung gandum(kehabisan high protien flour)
* 340 grm air suam
* 3 sudu besar penuh shortening
* 3 sudu besar susu tepung 
* 1/2 sudu kecil garam
* 3 sudu kecil gula
* 3 sudu kecil yeast

Cara
1- Campurkan semua bahan kecuali air.Ramas hingga bahan bercampur sebati.
2- Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata. uli hingga adunan menjadi doh yang lembut dan licin.Tutup dengan tuala atau plastik cling (kalau tak habis air tak apa).
3- Biarkan selama 1/2 jam atau hingga naik sekali ganda.
4- Selepas 1/2 jam bila adunan dah naik, tumbuk-tumbuk sedikit adunan dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian( kalau nak roti saiz besar boleh buat 4 biji sahaja).
5- Bulat-bulatkan adunan menjadi bebola yang bulat tapi agak tinggi sedikit(kalau leper sangat susah nak masukkan soup).
6- Bakar dgn suhu 170C selama lebih kurang 25 minit atau roti perang dgn rata.Angkat dan sejukkan atas redai.


Untuk Mushroom Soup
*- 2 tin kimball mushroom soup
*- 1 1/2 tin air sejuk
*- 1/2 labu bawang besar dipotong dadu
*- semangkuk isi ayam yang dipotong nipis
Cara menyediakan soup
1- Panaskan sedikit minyak masak dan goreng bawang besar hingga layu
2- Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak
3- Masukkan mushroom soup dan air dan kacau hingga larut dan rata.Masak hingga mendidih.
Untuk sediakan bread bowl
Potong sedikit bahagian atas roti dan korek keluar separuh dari isinya. Masukkan sup dan hidang semasa soup masih panas.

 happy cooking 

Comments

Post a Comment

Popular Posts