Mereka yang sudi.......

Wednesday, November 20, 2013

Mangkuk telur

As Salam semua. Gambar diatas tu adalah menu yang dibuat untuk breakfast pagi tadi.
Sekarang musim cuti sekolah, dapat la main masak-masak kat dapur. Tak payah nak terkejar2 hantar little laling Hana kesekolah dan terkejar-kejar ke office pulak. 
I can take it slow now and start again in December(kerja full swing you, in December).
Resepi ni amat mudah dan memang sedap dimakan, malah mengeyangkan. Ada daging , telur dan sayur-sayuran so boleh kira cukup syarat la tu untuk hidangan pagi.Jom tengok resepi.
Bahan-bahannya
* 1 packet chicken meatloaf brand ayammas (ada 6 keping didalamnya)
* 4 biji telur size besar(P.Ros guna saiz Jumbo)
* 1/2 biji potongan bawang besar
* 1/2 biji potongan capsicum (lada bangla)
* 1 1/2 biji tomato yang dibuang bijinya dan dipotong dadu
* Potongan 2 batang daun bawang
* Renjisan lada putih dan garam(ajishio) secukupnya
* 1/4 sudu cayenne pepper (tak nak pedas tak payah masuk)
* 1 sudu besar cooking cream (jika ada-tak masuk pun tak apa)

cara memasak
1- Defrost chicken meatloaf . Setiap keping meatloaf dipotong 2.
2- Sapukan seluruh bahagian  muffin pan dengan sedikit minyak masak atau butter
3- Ambil meat loaf yang telah dipotong 2 tadi dan letak menutupi dinding muffin pan tadi.Biarkan bahagian dasarnya kosong.
4- Pecahkan telur kedalam mangkuk dan masukkan ajishio dan cayenne pepper dan pukul sedikit.Curahkan sedikit bancuhan telur kedalam mangkuk bekas muffin yang telah di salut dgn chicken meatloaf tadi.

5- Taburkan bahan sayur-sayuran yang dipotong dadu dan digaul rata, curahkan sedikit lagi bancuhan telur dan tabur daun bawang diatasnya.(usah risau kalau telur meleleh keluar dari linkungan chicken meatloaf, bila dah masak ia akan tetap berada dalam bentuk mangkuk). Boleh gunakan bancuhan telur sampai habis.4  biji telur saiz jumbo yang Puan Ros guna tu memang cukup untuk 6 biji mangkuk telur. 

6. Panaskan oven dgn suhu 190 dan bakar selama lebih kurang 15 ke 20 minit hingga telur betul-betul masak dan pejal supaya senang nak mengeluarkanya dari bekas muffin.
Boleh dimakan begitu saja atau bersama cili sos.
 happy cooking 



   

7 comments:

  1. Kak Ros cayang sedapnya ,wah cukup semua ada dalam mangkuk telur tu
    boleh try ni

    ReplyDelete
  2. Kak Ros cayang sedapnya ,wah cukup semua ada dalam mangkuk telur tu
    boleh try ni

    ReplyDelete
  3. Kak Ros cayang sedapnya ,wah cukup semua ada dalam mangkuk telur tu
    boleh try ni

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. salam k.ros….meriahnya breakfast dia. variety gitu. btw look yummy!!!

    ReplyDelete
  6. LIKE...like...kanak-kanak riang mesti suke klu breakfast mcm ni :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok hidangan Puan Ros ni.... mesti anak-anak Puan Ros happy dapat sarapan macam ni... mama kalau dapat sarapan macam ni pun, mama happy... hihihi.. lenkali kalau nak buat sarapan cam ni, panggil mama datang sekali ok.. hahahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info