Pau bunga


As Salam untuk semua,Bangun pagi tak tahu apa nak masak untuk breakfast. Teringin nak makan pau dan teringat pau mawar purple colour kat dapur Kak Wan. Resepinya mengunakan keledek. Patah semanagt sebab tak de keledek...tiba-tiba teringat Tun Telani pernah tunjuk kat FB, terus geledah dan hasil dari resepi Tun dan cara membuatnya yang mudah didapur kak wan maka terhasil la pau ini.
Terima kasih Tun, Kak ros copy paste ya..caranya Kak Ros godek sendiri.
Terima kasih juga kak wan tak secantik yang kak wan punya sebab kita buat ikut suka hati.





Bahan-bahan ( 10 biji )-Puan. Ros dapat 8 biji
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)- tun guna gandum je(P.Ros pun guna gandum)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam



Cara P.Ros membuatnya
1- Campukan semua bahan kecuali air kedalam 1 mangkuk besar.
2- Campurkan beberapa titik pewarna merah/pink bersama air suam
3- Ramas semua bahan hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.Jika tak cukup lembut ,tambahkan sedikit lagi air
4- Uli adunan hingga menjadi lembut dan licin dan tidak melekat ditangan.Tutup mangkuk adunan  dengan tuala kering dan biarkan selama 10 ke 15 minit.
5- Selepas 15 minit, bahagikan adunan kepada 8/10 ketulan kecil -lebih kurang 50 grm sebiji.
6- Biarkan sebentar.
7- Taburkan sedikit tepung gandum diatas papan canai dan ambil sebiji adunan dan leperkan mengunakan tangan dan gelek menjadi nipis dan bulat.Letak sebiji inti ditengah dan balut menjadi sekuntum bunga ros/mawar.(Refer blog kak Wan untuk cara-caranya).
8- Letakkan Pau diatas sekeping kertas(P.Ros guna cupcake  paper.Atur dalam kukusan dan kukus pau lebih kurang 10 minit hingga masak.






 happy cooking 
.













































Comments

  1. Salam kak ros :) tun baruu je habiskan pau dlm freezer, nk buat stok baru pulak ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts