Mereka yang sudi.......

Thursday, October 3, 2013

Meringue Kisses


Salam untuk semua.
Resepi kisses ni dah lama disimpan dan diintai.Tapi buatnya tidak.Bila nampak Kak Patty tayang gambar kisses dia lagi la rasa nak buat.
So kita kuatkan semangat untuk membuatnya hari minggu yang lepas.Dapat 2 botol dan sekejap saja yang tinggal hanya la botol kosong.
Banyak resepi kisses ni yang boleh didapati dlm internet, of course la tuan empunya diri memilih resepi yang paling senang untuk disediakan dan kejadiannya tak la secantik resepi asal. Janji ada kaler dan anak-anak suka makan. Yang lain-lain tu tak kisah lah.Sendiri buat sendiri makan, rupa belakang kira.

  • Bahan-bahannya

  • * 3 biji putih telur bersaiz besar
  • * 100 gula caster
  • * 100 grm gula icing
  • * 1 sudu kecil esen vanila
  • * Secubit cream of tartar
  • * secubit garam

Cara membuatnya
1- Panaskan oven dgn suhu 80 C
2- Masukan telur putih,garam dan cream of tartar kedalam mixing bowl dan putar dengan kelajuan tinggi(pastikan bekas betul2 bersih dan tidak berminyak). 
3- Putar telur putih hingga menjadi medium peak dan masukkan gula caster sedikit demi sedikit.Pukul lagi hingga menjadi stiff peak dan berkilat (jangan terlebih pukul).
4- Masukan esen vanila dan masukkan gula icing sedikit-sedikit dan gaul bahan mengunakan spatula dengan mengunakan cara kaub balik. 
5- Bahagikan bahan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan masing-masing.
6- Masukkan nozel bintang kedalam piping bag dan masukan bancuhan kisses tadi(boleh juga dipotong hujung piping bag tampa mengunakan nozel).
7-Pipekan kisses keatas dulang yang telah dilapik dengan parchment paper.
8- Bakar selama lebih kurang 2 jam dan kisses dah betul-betul kering dan boleh dikeluarkan tampa melekat dikertas.
Biarkan betul-betul sejuk sebelum dihidangkan. 


 happy cooking 

5 comments:

  1. Salam kak ros.. comel2 je nengok, mesti laju masuk mulut tuu.

    ReplyDelete
  2. Kak Ros, meringue kisses ni nama cantik makan pun pasti sedap.

    ReplyDelete
  3. sedap juga tu layan sambil nonton tv kan kak ros..
    raya puasa yg lepas sy raya kat kg MIL.. tengah musim cookies yg namanya dipanggil Awan Nano Pavlova... boleh dikatakan ada disetiap rumah makcik kat kg.. tp malangnya dia beli bkn buat.. hehe.. saya try rasa.. wahhh.. sedap yg amat! Rasanya mesti buat dr merringue juga.. cuma dlm tu di campur dgn pelbagai kekacang & mgkin ada nestum & milo/serbuk coklat.. kalaulah ada jumpa resepi mesti sy nak buat.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. yay, kak rose dah buat!!! nor pulak duk peram resepi xtaw ler bile nk try bt...hehee...
    p/s ~ psstt...psstt...kak rose, nor dah buat snow skin mooncake...suke sgt...sedappp :)

    ReplyDelete
  5. Salam KakRos,
    Kalau dpt kat bebudak, sah sah selesai.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info