Mereka yang sudi.......

Saturday, October 19, 2013

Madeleines


Salam untuk semua.Dah lama peram resepi yang diambil dari allrecipe ni tapi tak ada sarangnya. Jumpa mould madeleines ni di Daiso, 5 ringgit je pun terus beli dan tercapai la hasrat untuk membuatnya.
Agak senang membuatnya dan bahan-bahannya agak ringkas. Kebanyakan madeleines mengunakan perisa lemon tapi Pn Ros tukar kan dengan perisa kopi. Sedap makan dengan teh panas yang kurang gula.Cuba la ya.


Bahan-bahannya (30 biji)
* 4 biji telur
* 1 cawan gula
* 1 cawan gandum
* 115 grm butter
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar vanila essence
* 1 sudu besar cofee emulco



Cara menyediakan
1- Cairkan butter dan biarkan sejuk sebentar.
2- Pukul telur bersama garam dan esen vanila dengan kelajuan tinggi. Pukul hingga telur berbuih.
3- Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dgn kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat, masukkan pula cofee emulco dan terus pukul dalam 5 minit lagi.
4- Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan kaub balikkan dengan spatula secara perlahan-lahan.
5- Tuangkan pula butter yang telah dicairkan secara perlahan dan kaub balikkan adunan secara perlahan hingga adunan betul-betul sebati.
6- Sapukan sedikit butter pada sarang madeleines dan masukkan lebih kurang 2 sudu besar adunan(masukan adunan lebih kurang sama paras dgn sarangnya) Panaskan oven dgn kepanasan 170c dan bakar selama lebih kurang 15 minit.

 happy cooking 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info