Mereka yang sudi.......

Friday, October 18, 2013

kek pelangi kukus


Salam untuk semua.Kek pelangi yang dikukus didalam botol untuk dijadikan salah satu barang hantaran bagi majlis pertunabgan anak buah yang dah dianggap bagai anak sendiri. 
Resepinya Pn.Rose copy paste dari blog Yatie. Ini kali kedua Pn Ros membuatnya. Kali pertama buat elok hasilnya tapi kali kedua membuatnya tak berapa elok hasilnya. Rasanya silap teknik sebab mengunakan api yang agak besar. Lain kali kena pastikan bila kukus kek ni mesti guna api sederhana je.Kek  pelangi kukus ni PN.Ros hanya gunakan 4 warna saja sebab botolnya agak kecil. Pn Ros buat 2 untuk dimasukan dalam 7 biji botol dan bakinya dimasukkan dalam loyang saja.Terima kasih yatie.


Pagi hari raya orang sibuk masak juadah raya Pn>Ros dan adik beradik lain sibuk menyiapkan 7 dulang barang hantaran ni.Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dengan sempurna. Lain kali cerita pasal majlis pertunangan tu pulak ya.

KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA

Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.
Cara Puan Ros:
1- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan dgn warna merah,biru,hijau dan kuning.
2- Masukan adunan kedalam piping bag, dan potong sedikit hujungnya.
3- Paipkan adunan kedalam botol selapis demi selapis.Masukkan hanya separuh botol sebab kek ini akan naik semasa dikukus.(tak apa sekiranya kek melimpah keluar sedikit dari botol kerana kek akan mengecut sedikit bila ia mula sejuk.
4- Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 30 minit atau kek kelihatan betul -betul masak., angkat dan sejukkan.
5- Bila kek dah betul-betul sejuk,buang sedikit bahagian atasnya untuk diletakkan cream cheese dan sedikit hiasan... Siap untuk di tutp dan digunakan.

3 comments:

  1. Tahniah sis :D.. cantik hantaran2 tu :D..

    ReplyDelete
  2. mane dapat balang2 comel tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIki botol tu kak ros beli kedai barang pengantin di Nilai. macam-macam patern ada.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info