Pulut Kuning


Salam untuk semua.
Dah lama tak bersiaran kan?? Sekadar catatan ringkas resepi pulut kuning yang dibuat secara bidan terjun. Malam sabtu lepas , anak buah singah hantar rendang daging dan nasi minyak yang dibawa dari tempat kenduri kahwin. Pagi esoknya rendang masih ada dan teringat beras pulut yang masih ada 1/2 paket kat dapur.
So P.Ros buat project pulut kuning ringkas untuk sarapan pagi Ahad. Pesanan untuk puteri-puteri mama sekiranya teringin nak makan pulut kuning dan mama tiada disisi untuk memasaknya, ikut saja cara ringkas ini ya.
Bahan-bahannya
* 700 gram beras pulut
* 200 ml santan kotak 
* 2 helai daun pandan
* 1 sudu kecil garam
* beberapa titik pewarna kuning atau serbuk kunyit
Cara-caranya
1- Basuh bersih beras pulut dalam air yang suam-suam kuku (campurkan air panas dan air biasa). Campurkan juga secubit garam dan beberapa titik pewarna kuning.Rendam selama 1/2 jam.
2- Selepas 1/2 jam tos airnya dan masukan beras pulut  bersama daun pandan didalam kukusan. Panaskan air hingga mendidih dan kukus beras pulut hingga separuh masak. Selepas 15- minit dikukus buka penutup dan kacau sedikit beras pulut . Tutp  penutup dan kukus lagi hingga beras pulut kelihatan separuh masak.
3- Angkat pulut separuh masak tadi dan tuangkan kedalam 1 mangkuk besar. 
4- Masukkan santan dalam mangkuk kecil dan campurkan bersama garam dan kacau hingga garam larut.. Siram santan diatas pulut sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk kayu hingga pulut menjadi lembut dan sebati bersama santan.
5- Masukkan semula pulut tadi kedalam kukusan dan kukus lagi lebih kurang 15 minit atau pulut dah betul betul masak dan berbau harum. Angkat dan kacau sebentar hingga pullut kelihatan agak bersinar.. Siap untuk dihidang.


Comments

  1. bulan puasa ni tengok makanan semua kecur air liur.... huh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Ros..

    Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat Kak Ros sekeluarga.
    Sedapnya pulut ni..saya pun baru last week buat ni..tapi buat saje2 sebab teringin di samping menghabiskan stok beras pulut yang dah lama bertenggek kat tepi rak tuuuu

    ReplyDelete
  3. Slmt berpuasa sis Ros sekeluarga

    sedapnya pulut kuning mkn dg rendang.

    ReplyDelete
  4. salam Ramadan buat kak ros dan family..
    puut kuning tu peberet Liza kak....perghhhh

    ReplyDelete
  5. Masih belum lewat lagikan kak ros, untuk kita ucapkan selamat berpuasa pada kak ros & family..harap dimaafkan kalau kita ada tersalah cakap time bergurau tu ya..dan halalkan recipe2 yang telah dicuba...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts