Mereka yang sudi.......

Thursday, July 25, 2013

Fried Beef Dumpling


Salam untuk semua.
Resepi kedua yang diterbitkan dibulan Ramadhan ni. Seperti cerita sebelum ni, bulan puasa ni malas sungguh nak menaip. Yang ni pun guna copy paste je, sebab dah berkali-kali membuatnya dan dah pernah letak kat sini .
Hari ni terasa nak makan dumpling dan yang ni agak senang nak membuatnya . Cuba la kalau ada yang sudi


Bahan-bahan
Inti:
500g daging hancur
3 ke 4 sudu besar daun bawang
3 keping potongan halia ditumbuk
50 ml  stock ayam ( P.Ros masukkan serbuk pati ayam)

Seasoning:
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil garam

Kulit Dumpling:
300g tepung gandum
100ml air panas mendidih
80ml air biasa
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar shortening(P.Ros tambah)
* sekiranya adunan sedikit lembik boleh ditambah tepung gandum.



Cara menyediakannya;
  • Untuk membuat inti, campurkan semua bahan inti dan gaul semua bahan hingga sebati mengunakan chopstick.pastikan serbuk pati ayam hancur dengan sebati
  • Campurkan pulak bahan-bahan seosoning bersama campuran daging tadi Gaul lagi hingga sebati dan simpan didalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum. Buat lubang ditengah dan tuang kan air panas kedalamnya.Gunakan senduk kayu untuk mengacau tepung gandum dan air panas. Kacau hingga sebati dan masukkan pula air sejuk sedikit demi sedikit.
  • Uli adunan hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Tutup mangkuk dengan kain lembab dan rehatkan selam 20 minit.
  •  Bahagikan doh kepada 16 bahagian.Bulat-bulatkan adunan doh tadi dan tutup semula. Rehatkan selama 10 minit lagi.(P.Ros dapat 12 biji saja).
  • Ambil sekeping adunan canai menjadi bentuk bulat dan leper. Letakkan 1 sudu besar bahan inti ditengah dan pleating adunan hingga semua bahagian inti tertutup.Tekan biar menjadi sedikit leper .Buat sampai habis (cara membuatnya boleh disemak pada resepi asal ya).
  • Panaskan non stick pan bersama 1 sudu besar minyak masak atas api sederhana panas. Letakkan sebanyak beberapa biji dumpling didalamnya dan tutup kuali. Masak selama 5 minit.Buka penutup kuali dan balikkan dumpling tadi. Masak selama 5 minit lagi.masaklah hingga kedua-dua belah dumpling menjadi garing keperangan.
  • Hidang kan semasa panas bersama halia yang dipotong nipis yang dicampur bersama kicap cair , cuka dan hirisan cili padi..

                                                                                 happy cooking 

1 comment:

  1. Ermmm lama tak mai sini best nyer dpt mkn dumpling kan sedap!!!!...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info