Mereka yang sudi.......

Tuesday, July 16, 2013

Baked Potato


Salam untuk semua,
Ini lah resepi pertama yang P.Ros uploadkan untuk bulan puasa tahun ni. Sebenarnya hari-hari pun masak tapi malasnya nak mengambil gambar dan menaip resepinya. Hari ni je rasa macam rajin sikit.
Baked potato ni adalah bagi menunaikan janji pada anak-anak yang nak beli baked potato dipasar ramadhan hari mingu lepas tapi dilarang oleh mamanya.
Rasanya buat sendiri lebih berbaloi dan boleh makan sampai puas hatikan.Membuatnya pun agak senang.
Bahan-bahannya
* 7 biji russet potato size agak besar
* 1 packet minced chicken
* 1/2 labu bawang besar
* 1/2 botol sos spagheti (perisa pilihan masing-masing)
* 2 sudu sos cili
* 1/2 ketul chicken stok
* sedikit garam dan gula secukup rasa
* Campuran chesee moza dan chedar secukupnya

Cara-caranya
1- Basuh bersih kentang lap kering dan cucuk sekelilingnya dgn garpu.
2- Balut kentang dgn aluminium foil (bungkus hanya separuh darinya je)- tapi yang ni P.Ros balut selepas bakar sebab terlupa- maalum la puasa). Bakar kentang dalam 45 minit dgn suhu 200C.
Untuk intinya
1- Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang besar yang telah dipotong dadu hinga layu dan wangi.
2- Masukkan minced chicken dan masak hingga air ayam agak kering.
3- Tuang sos spagethi dan sos cili kedalamnya dan kacau sebentar. Masukkan semua bahan perasa dan masak hingga daging ayam masak.Angkat dan sejukkan.


Untuk sediakan baked potato
1- Bila kentang dah masak , keluarkan dari oven dan buat potongan cross dengan mengunakan pisau dibahagian atas kentang. Biarkan sebentar hingga sedikit sejuk.
2- Ambil sebiji kentang dan picit bahagian tengah kentang hingga kentang menjadi terbuka dan gemburkan sedikit isinya. Buat sampai habis.
3- Masukkan inti ayam kedalam bahagian tengah kentang tadi, tekan-tekan sedikit inti ayam kebahagian tengah dan isi hingga penuh.
4- Tabur cheese diatasnya dan taburkan sedikit potongan daun bawang diatasnya.
5- Bakar kentang lebih kurang 15 minit atau hingga cheese perang.


11 comments:

  1. Salam ros. Teras macam nak buat je ni. Sedapppp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibundi, salam Ramadhan dan salam rindu, bulan2 puasa ni kita tak de le merempit sangat.

      Delete
  2. All time fsvourite
    Salam Ros..nnti boleh tsk emailkn alamst Tos kzt email nekcik..jariah174@yahoo.com..mekasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik salam, akan diusahakan...nak cepat ke hahaha..

      Delete
  3. wat makan masa bersahur pun sedapp kan.....

    ReplyDelete
  4. yang ada cheese itulah yang buat terus nak ngencesss hehehh

    ReplyDelete
  5. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose, nanti bila lapang kak Ros datang ya. Terima kasih sudi singgah.

      Delete
  6. Assalam kak ros,
    kalau yang berasaskan kentang memang kita pun suka..
    lagi dengan bercheese yang melted tu..memanglah sedappnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info