Yee Mee

Salam makan malam.Malam ni masak yee mee yang simple saja.Kesibukkan ditadika dan pikirkan my 1st princess yang tengah stress menghadiri Management training  kat genting,selera nak masak pun kurang sikit.tapi makan,tetap kena makan kan? So jom la tengok resepi yang simple tapi sedap dimakan ni.

Bahan-bahannya
* 3 keping yee mee (mee sanggul )
* 1 keping dada ayam dipotong dadu
* beberapa ekor udang jika suka (kita tak ada udang hari ni)
* 2 batang sawi
* 3 keping kubis cina
* 1 batang kecil carrot dipotong halus

* 1/2 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
*1/2 biji cili merah

* 1 batang daun bawang potong halus
* 2 biji telur
* 2 mangkuk besar air(tambah air ikut keperluan kuah ya)
* 1 sudu tepung jagung dibancuh bersama sedikit air.
* garam secukup rasa
* sedikit lada sulah(jika suka)
* 1 sudu kecil minyak bijan(jika suka)

Cara memasak
1-Panaskan 2 sudu makan minyak masak.Tumis bawang putih hingga terbit bau.
2- Masukkan kepingan ayam dan kacau rata.Masukkan pula 2 mangkuk air dan biarkan mendidih.Masukkan pula udang jika mengunakannya.
3- Bila bahan sup mendidih masukkan kiub ayam.Kacau hingga kiub ayam larut dan boleh la dimasukkan semua sayur-sayuran.Biarkan hingga sayur kelihatan agak empuk,masukkan sedikit garam ikut citarasa masing-masing.
4- Pecahkan 2 biji telur didalam mangkuk dan masukkan sebiji sebiji kedalam kuah tadi.Pastikan kuah dikacau semasa telur dimasukkan.
5- Setelah telur kelihatan masak,masukkan bancuhan tepung jagung sambil kuahnya dikacau. Masukkan lada sulah dan minyak bijan.Masak lagi selama 2 minit dan sedia untuk diangkat.
6- Masukkan sekeping yee mee kedalam pinggan dan siram kuah diatasnya.Tabur daun bawang.
* Hidanglah yee mee bersama potongan cili padi yang direndam dalam kicap cair.



Comments

  1. salam..

    simple tapi menyelerakan....

    ReplyDelete
  2. Kak Rose...lama tak nampak ...pekabo...sihat sejahtera hendaknya...

    Sedapnya Yee Mee tu...dapat makan semangkuk ni...WoW! bestnya....:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts