Apam Durian Dan Kek Kukus Durian


Musim durian dah menjelma ,maka dapat la kita melihat resepi berasaskan durian disana sini.Kita pun tak mahu ketinggalan.Kalau dulu musim durian my laling akan beli satu guni,tapi sekarang disebabkan kesihatannya tak berapa elok dia tak lagi makan durian macam dulu(sebenarnya dulu pun dia beli banyak sebab dia tahu kita suka makan..) tapi sekarang itu semua jadi kenangan surprisingly my little laling pulak yang suka makan durian,jadi ada lah teman masa makan durian ni.The 2 chair-chair pandang pun tak mahu bak bak buah durian ni.
Semalam singgah kat Giant nampak lah org jual durian dlm packet,maka kita belila beberapa paket sebab memang dah 2 3 hari berangan nak makan kuih inti durian.
Mula2 kita buat apam,dah separuh jlndan siap masak apam dalam 7 biji angin malas melanda , little laling asyik merengek nak tolong buat dan tak sabar nak makan, maka kita campurkan lebihan inti durian yang masih ada kedalam adunan apam dan simpan dalam peti.So semalam kita makan apam inti durian for tetime dan hari ni kita guna adunan sama buat kek kukus durian for breakfast. My laling and little laling dengan jayanya menghabiskkan kedua-dua hidangan tu.



Bahan-bahannya
* 200 grm tepung gandum
* 1 sudu besar double acting baking powder
* 400 ml susu segar/santan pekat
*2 biji telur
*200 grm isi durian di lecek halus
* 160grm gula
*1 sudu kecil garam
* Sedikit pewarna kuning
* 300-400grm isi durian dikukus selama 10 minit untuk dijadikan inti


Cara memasak
1- Pukul gula dan telur hingga kembang..Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersam double acting baking powder dan kacau rata.
2- Masukkan pula susu dan kacau lagi.campurkan isi durian yang telah di lecek halus dan gaul semua bahan hingga sebati.Biarkan selam 30 minit sebelum dimasak.
3- Panaskan sedikit minyak pada non stick pan dan masukkan setengah senduk kecil adunan kedalam kuali dan masak  apam hingga garing.Angkat apam dan letakkan sesudu besar inti durian yang telah dikukus diatasnya dan lipat mengikut bentuk kesukaan masing-masing.
Untuk kek Kukus
1- campurkan inti durian kedalam adunan apam.Kacau sebati.
2- Masukkan adunan kedalam acuan pilihan dan kukus diatas air mendidih selama 15- ke 20 minit.Sedia untuk dihidangkan.


Comments

  1. assalam kak ros bestttnya nak makan derian penang mai la heheh kita antoo derian tau kak bday saya semalam la 15/7

    ReplyDelete
  2. Ros..apam durian...satu kelainan..mesti cuba ni,amik resepi ya..

    ReplyDelete
  3. Salam mama,cuba la resepi tu.Guna la dorian yang ada kelas sikit.Kita guna yang murah punya je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts