Stew Ayam


Salam makan malam.Malam ni kita masak stew simple dan makan dgn roti potong banggali..Hari2 makan nasi memang tak boleh jadikan????Jom tengok resepi


Bahan-bahannya
* 15 kepingan ayam yang dipotong kecil
* 1/2 cawan tepung gandum
* 3 biji kentang dibelah 4
* 1 biji kentang dipotong bulat
* 1 labu bawang besar dipotong 4 segi
* 1/2 cawan minyak masak
* 6 cawan air
Bahan Tumisan
* 2 ulas bawang putih dipotong kecil
* 1/2 labu bawang besar dimayang halus
* 1 batang kayu manis
* 1 biji bunga lawang saiz kecil
* halia sebesar ibu jari di potong halus dan memanjang
* 2 sudu besar tomato puree
* 2 sudu besar tomato sos
* 1 sudu kecil McComix mix herb
* 1 sudu kecil rempah chicken cajun(optional)
* Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak.
1- Basuh bersih ayam dan golekkan didalam tepung gandum.
2- Panaskan minyak dalam kuali besar dan goreng ayam dalam 4 ke 5 ketul pada satu masa.Goreng ayam hingga tepung gandum nampak kekuningan.Angkat dan ketepikan.
3- Dalam kuali yang sama,masukkan halia,.bawang putih,bunga lawang dan kayu manis.Tumis sebentar.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos.Goreng sampai semua bahan garing dan terbit bau.Kerak dari tepung gandum akan membuatkan bahan tumis berbau harum.
4- Masukkan 6 cawan air kedalam bahan tumisan tadi dan biar sampai mendidih.Bila air mula mendidih masukkan carot dan kentang.Kuah kelihatan agak cair pada masa ini.
5- Masukkan bahan-bahan perasa dan rempah,kacau rata,.masak sampai kentang agak empuk.Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi.
6- Keluatka dalam 4 5 biji kentang yang telah empuk dan lecek hingga hancur.masukkan semula kedalam stew tadi.kentang yang dilecek dan gandum dari ayam goreng akan memekatkan stew ayam ini.biarkan stew mendidih dgn api perlahan sehingga ayam betul2 masak dan kuah menjadi agak pekat.rasalah garam gulanya mengikut cita rasa masing-masing.
&- Tutup api .Siap untuk dihidangkan bersama nasi atau pun roti.









Comments

  1. Salam Puan Ros..

    Wah.. nampak sedap ni puan... rasanya lebih sedap dicicah dgn roti berbanding dimakan dgn nasi kan... sedap2 masakan puan kat sini.. aritu nampak kak ayu masak telur fuyong (resepi puan kan?)... teringin juga nak mencuba.. tp belum ada kesempatan lagi.. terima kasih masih sudi jenguk2 blog saya walaupun sy jarang dpt BW kemari..

    ReplyDelete
  2. salam Madiha.Kak Ros pun suka makan dgn roti.kak ros selalu singgah blog madiha.Biasanya kak masak apa2 ysng family suka makan je dan ini pun salah satu darinya.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ros...Wahhhh sedap nya pepagi cicah roti ngan stew ayammm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts