Sambal Terutup Ikan
Salam semua.Juadah makan malam 2 hari lepas.Jumpa resepi masa jalan2 kat dapur Kjee.Copy and paste kat sini.Halal kan ya Kjee.Kalau bulan puasa resepi ni mesti boleh membuka selera.Hari ni kita guna ikan selar je.Lain kali nak try ikan siakap pulak,mesti sedap.Bunga kantan tu separuh kita blend dan separuh kita potong halus dan dimasukkan dalam sambal semasa menumis.
BAHAN2NYA:
3 ekor ikan digoreng (kjee guna 3 potong ikan parang) (P.Ros guna 3 ekor ikan selar)
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 batang bunga kantan (optional) *
segenggam cili kering direbus, tos * (Kalau nak pedas tambah ler lagi)
garam, gula
3 sudu air asam jawa(P.Ros guna 1 sudu kecil pes asam jawa adabi)
CARA MEMBUAT:
Ikan
dibersihkan, bagi garam kunyit dan goreng. Blend semua bahan bertanda *
kecuali cili kering (blend asing). Tumis bahan2 blend hingga wangi.
Pastu masukkan cili kering yang juga telah dikisar halus. gorenglah
sampai garing dan naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Tadi kjee bubuh dua sudu besar gula. Kacau sampai rata. kemudian rasa.
Kalau dah cukup rasa, masukkan ikan yang telah digoreng dan golekkan
dalam sambal. Perlahankan api. Siap. Selamat mencuba.
Salam....Fuhhhhh...nampak sedap ni..Sue pun dah lama tak masak ikan....
ReplyDelete