Award Dan Homework Yang Terbengkalai



Award from Ayu Singapore


Salam hujung minggu.Nak guna masa hujung minggu ni sikit untuk siapkan homework yang dibagi oleh ayu yang dah hampir seminnggu diberikanya.Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis tentang diri ini untuk tatapan umum.So tulis serba sedikit aja ya.Anyway thank u Ayu for the Award.


1-Kak Ros berasal dari Kelantan dan tak ada sapa percaya yang kita org kelantan.Maybe sebab kita free hair( kita punya falsafah tak mahu bertudung hanya sebab semua org bertudung),biarlah datang dari hati sendiri..insyaalah masanya akan tiba.
2-Kita pernah mengikuti rancangan pertukaran pelajar AFS dan tinggal bersama keluarga angkat di USA selama setahun.Menjadi pelajar senior di North Dakota High School.Satu pengalaman yang tak boleh dibeli dgn wang ringgit.Menjadi kenangan sepanjang hajat.
3-Dipertemukan jodoh dgn jejaka cina yang kini bernama Harith Thean Abdullah. Mungkin sebab kita memang punya darah cina,my great grandmother juga cina peluk islam.So org kata setelah beberapa genarasi akan ada salah seorang yang akan balik ke asal usul darah keturunanya.Kita la tu agaknya... Beza umur kami 14 tahun.Ada sesapa nak lawan ke??? kalau 10 tahun biasakan,tapi 14 tu...eeemmm,tapi kita tetap tak boleh lawan Siti Norhaliza weh.......
4-Kemana-mana kita pergi sudah biasa diajukan dgn soalan "are u from Philippine?" atau "  are u from sabah?"Tak tahu kenapa asyik-asyik soalan tu.Sometime masa ibubapa datang register anak kat sekolah pun soalan yang sama diajukan.Anyway sudah lali.
5-Kita dikurniakan anak pertama  pada tahun k3 perkahwinan dan anak ke 2 pada tahun ke 4 perkahwinan.Wah masa tu dlm usia yang muda kita sudah ada 2 anak kecil yang bagaikan kembar.Bila anak menangis kita ikut menangis sebab stress (dari seorang yang bekerja sepenuh masa dah kahwin pada usia 21 kini jadi ibu sepenuh masa.Stress wok......tapi kini melihat 2 puteri sulung yang dah mengjangkau usia 20an dan kita dialam 40an,rasa macam kawan pulak Happy sungguh.People use to asked are you guys sisters?Kembang la hidung yang memang dah kembang pun....
6-Satu kejutan berlaku dalam kehidupan kita bila diberitahu kita mengandung pada usia 40 tahun.Happy pun ya ,takut pun ya.Kita duduk dalam gelap sorang-sorang dari pukul 3 pagi sampai 7 pagi memikirkan apa nak buat ni????bukan apa pikirkan umur yang dah tua.Nak ada baby lagi ke????sedang kan anak bungsu masa tu dah nak masuk umur 17 tahun.......Tapi jodoh pertemuan dan rezeki ditangan tuhan kan...dan khabar gembira tu kita war-warkan pada suami dan anak-anak semasa meraikan harijadi suami kita.Dia pun sama happy yang bercampur-baur.Apa takut ling..yang nak bertarung nyawa melahirkan mama ni,bukannya you kan????

7-So sekarang  anak ke 3 kita Hana Helena aka little laling dah berusia 6 tahun.Sama macam ayu la jugak.Sometime orang tanya cucu ke???? kita just angguk (dalam hati kita kata I owe you no explanation). So sekarang hidup bahagia dengan suami dan 3 puteri.


Rasanya cukup lah untuk hari ni kan.kena simpan setengah crita kot ada sapa-sapa lagi yang nak bagi homework.




Comments

  1. Kita pun tengah buat homework yang ni. Susah betul le.

    ReplyDelete
  2. hai kak sam.macam nak tulis karangan la pulak kan????Nanti kita singgah baca ya.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak ros,
    wah!!!! cikgu lambat tiba..anak murid dah siapkan homework lama dah ya..heheh ni cikgu tidur dalam class aje lah kak ros..hahah..ok pass kita kasi 100% pass..thanks kak ros although u are busy, masih sudi juga buat ya..dah tahu dah serba sedikit tentang diri kak ros, it is nice knowing you kak semuga persahabatan kita berkekalan hendaknya ya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts