Kari Kerisik Ayam Dan Acar Kubis Mentah

Salam untuk semua. Ini N3 kari kerisik ayam yang kita masak untuk makan dgn nasi carrot semalam. Kat bawah tu pula resepi Acar kubis mentah yang memang senang untuk disediakan .Cuba la ya!

Bahan-bahan untuk kari ayam
* 1 ekor ayam dipotong kecil
* 300 ml santan pekat dalam kotak + 2 ml air.
* 1/2 paket rempah kari ayam
* 1 keping kiub pati ayam
* 1 keping asam keping
* 3 sudu besar kerisik
* Garam dan gula secukup rasa
* 5 sudu besar minya untuk menumis
Bahan untuk dikisar dan ditumis
* 2 batang serai
* 3 ulas bawang putih
* 1 1/2 biji bawang besar Sebiji dipotong dan diblend dan 1/2 biji dimayang halus
* 1 biji tomato dipotong 4
* halia sebesar 1bu jari
* 2 sudu besar cili giling
* 1 batang kayu manis
* 2 biji bunga lawang dan 2 mbiji buah pelaga
Cara memasak
1- Panaskan minyak dan masukkan bawang besar yang dimayang halus bersama kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga .Goreng sebentar.
2- Masukkan pula bahan kisar bersama cili giling.Goreng hingga mesra.Tuang rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga terbit bau.
3- Masukkan ayam dan kacau sebati.Biarkan ayam hingga separuh masak dan mendidih sedikit.
4- Masukkan santan pekat,kacau ayam hingga rata.Masukkan pula air diikuti kerisik dan kacau lagi.Biarkan ayam hingga betul2 mendidih.
5-Masukkan kiub pati ayam,asam keping,gula dan garam secukup rasa.Kecilkan api dan masak ayam hingga empuk dan kuah menjadi pekat dan mula pecah minyak selama lebih kurang 25 minit.Siap untuk diangkat.


Nota:jangan bimbang sekiranya kari ayam tidak nampak pecah minyak.Ianya akan pecah minyak selepas diangkat jika kari dimasak hingga betul-betul masak dan pekat.


Untuk acar
* 1/2 potong kubis dihiris halus
* 1/2 biji carrot di parut
* 1/2 biji bawang besar dimayang halus
* 1/2 biji cili merah dan beberapa biji cili padi dipotong halus.
* 4 sudu makan cuka makan + 1 sudu besar gula + 1/2  sudu kecil garam
Campurkan semua bahan sayur kedalam mangkuk dan tuangkan bancuhan cuka tadi.Kacau rata dan simpan didalam peti ais sehingga sampai masa untuk dihidangkan.

Comments

  1. Assalam kak ros, hai macam berjanji pulak ya kita hari ni kita masak kari ayam juga tapi kari ayam bombay..hari ni punya masak entah bilah kita dapat posting ..hahha

    ReplyDelete
  2. hai ayu,so it's a curry day.... Brapa panjang line tunggu untuk posting tu????

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ros..tgk kuah kari ayam kerisik yang pekat2 cenggini terus jadi kecurrrrr..masuk list ni.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts