Bun sardin
Salam untuk semua.Buat bun sardin untuk sarapan pagi tadi. Hari ni kita terjaga pukul 4 pagi.Tak tahu apa nak buat lalu selongkar bekas barang2 buat kek dan jumpa tepung roti.Teringat pula dah lama tak masak untuk cikgi-cikgi kat kindy.So kita godek bun sardin ni untuk sarapan yang boleh dikongsi dgn mereka.Dah pernah buat ni.Lembut dan sedap rotinya . Resepi doh roti dari CMG.Jom tengok resepi
Basic
Sweet Dough
Bahan-Bahannya :-)
Bahan-Bahannya :-)
- 400 g tepung roti (high-protein flour)
- 1 biji telur gred A
- 4 gm bread improver
- 5 gm gluten (P.Ros guna bread softener)
- 80 gm gula halus
- 11 gm instant yeast
- 6 gram garam
- 190 ml air
- 30 gm mentega
- 30 mg shortening
Cara
membuatnya :-)
- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah shortening dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.(Tambah gandum sekiranya adunan agak lembik dan melekat ditangan)
- Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
UNTUK
BUN SARDINE :-
- Bagi2 kan doh kepada 16 bahagian (atau mengikut kuantiti yang diinginkan), leperkan doh, isi satu camca besar inti, dan cantumkan.
- Bulat2kan, susun dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
- Buat hingga siap. Sapu sedikit air pada permukaan doh roti.
- Tutup dengan kitchen towel dan biar 45 minit
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas....
UNTUK INTI SARDINE
1- Hancurkan 1 tin sardin (Saiz sederhana).
2- Panaskan 1 sudu besar minyak masak.Tumis 1/2 biji bawang besatr yang
dipotong dadu bersama 2 ulas bawang putih juga dipotong halus.
3-
Masukkan 1 sudu kecil rempah kari dan goreng hingga terbit bau. Masukkan
sardine.Kacau sebati.Masukan hirisan potongan cili merah. Kacau lagi.Tutup api,angkat dan sejukkan.
Assalamualaikum kak Rose,
ReplyDeleteni kita dtg bawakkan akak ayam panggang yg montok2 nie...hehe...
nur suker tau sardine...lebih2 lagi kalau roti yg berintikan sardine...fullamak mentua lalu pun tak perasan....hehe.Happy weekend to you.
Salam Kak Ros..Wahhh rajinnya bangun pepagi bute buat sarapan....Sedap plak tu..Bun sardineeee
ReplyDeleteNur,Terima kasih ya bawa ayam.
ReplyDeleteSue,Bukan bangun tapi terbangun hihihi...
boleh buat lepas ni :)
ReplyDelete