Mereka yang sudi.......

Tuesday, June 2, 2015

Quiche Tuna & Bayam

Salam untuk semua.
Quiche tuna dan bayam yang creamy dan senang dibuat, mengunakan apa saja bahan yang ada didapur.

Bahan- bahan kulit quiche
200 grm tepunng gandum
100 gram mentega sejuk
1 sudu besar gula icing
1 biji telur gred b
Secubit garam

Bahan-bahan filling quiche
1 cawan bayam muda( yang ni hubby tanam sendiri). Petik daunnya rebus sebentar, angkat, toskan air dan perah hingga air kering dan potong halus.( Gunakan dalam secawan bayam yg telah direbus.Ketepikan.
1 cawan susu
3 biji telur
2 tin tuna flake
220 grm cream cheese
1/2 keping kiub ayam
1/2 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih
2 batang daun bawang
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara-cara buat kulit quiche
1- Campurkan tepung gandum dan gula icing dan garam.
2- Masukkan pulak butter sejuk yang dah dipotong dadu,
Ramas adunan dgn hujung jari hinga menjafi serbut roti.
3- Pukul sedikit telur dan masukkan separuh daripadanya dan uli adunan.Masukkan baki telur tadi dan uli adunan secara lembut hingga menjadi seketul bola yang tidak melekat.
4- Bungkus adunan  dgn plastic cling dan simpan dalam peti selama 1/2 jam.

Cara membuat filling
1- Panaskan dalan 1 sudu besar butter dan tumis bawang merah dan bawang putih.
2- Masukkan isi tuna yang telah dibuang airnya. kacau rata.
Masukkan secubit garam, lada putih dan 1/2 keping pati ayam.Kacau rata, masak dlm 10 minit dan tutp api.Biarkan sejuk sedikit.
3- Masukkan cream cheese kedalam mangkuk( keluarkan cheese dari peti 1 jam lebih awal untuk mudah digunakan). Masukkan telur dan susu dan secubit garam.
4- Kacau bahan mengunakan whisk tangan sahaja hingga semua bahan sebati.
5- Masukkan isi tuna tadi dan daun bawang kedalam bancuhan telur.Kacau hingga semua  bahan sebati.

Untuk membuat quiche
1- Keluarkan kulit pastry dari peti dan roll pastry dan masukkan kedalam dulang quiche( adunan ini hanya memenuhi separuh bahagian tepi tray). Cucuk bahagian bawah kulit quiche dengan garpu.
2- Tutup pastry dgn aluminium foil dan letakkan secawan kacang atau beras diatasnya dan bakar selama 15 minit dgn oven 180 .
Angkat dan keluarkan foil dan kacang dan masukkan semula kedalam oven dan bakar lagi dalam 15 minit.
3- Keluarkan kulit quiche dari oven dan masukkan bayam yang telah dipotong dan ratakan.
4- Tuangkan adunan tuna diatarnya. Masukkan adunan kedalam oven dan bakar lagi lebih kurang 30 minit atau hingga bahan filling kelihatan kering dan perang sedikit.



2 comments:

  1. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info