Mereka yang sudi.......

Friday, June 5, 2015

Baked Butter Chicken Rice

Salam untuk semua...Hari ni maduk daiso untuk beli sesuatu tiba2 terpandang ramekin yg ada macam2 color.Alahai hati terpaut dan jatuh cinta tak kala terlihat ramekin bewarna merah dan bertelinga lagi...terus dicapai 5 biji untuk kami 5 branak.
Balik rumah terus berfikir apa nak masak dlm remikin ni. Resepi pertama yang keluar tentunya lasagna.
Tapi hati tak terpaut terlintas nak masak baked rice..setelah baca sana sini dan tengok apa yang ada dlm peti ais..keputusannya nak buat baked rice ikut cara dan cita rada sendiri.
Hasilnya nasi yang sangat tasty berperisa lemon. Tapi masih banyak yang boleh di improvise kan. Contohnya pilihan sayuran yang digunakan, jenis sos dan bagaimana nak menghidangnya. Makan begitu saja atau dgn sos cili atau dibuat sup sebagai hidangan sampingan.Pick your choice. For me I'm satisfied with this plain tasty rice for now.

Bahan2 nya
- 3/4 cawan beras ( sukat 5 kali untuk 5 mangkuk ramekin) dibasuh dan toskan( guna cawan rice cooker)
-7 ke 8 keping chicken strip bergantung pada saiz kepingan ayam
(Potong kecil basuh dan toskan)
- 1biji bawang besar(potong kasar)
-1 ulas bawang putih potong kecil
-  Cauliflower atau brokoli dipotong kasar( lada bangla juga boleh digunakan)
- 5 keping hirisan lemon
- 1 keping pati ayam
- 3 sudu besar butter + 1 sudu minyak masak
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 5 cawan air panas mendidih ( guna cawan yang sama)
- 5 keping cheese

Cara memasak
1- Panaskan 1 sudu minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah, bila dah layu masukkan ayam, kacau sebentar.
2- Masukkan cauliflower dan sekeping lemon, tambah garam dan lada hitam.Kacau hingga ayam tidak lagi kelihatan merah. Masukkan butter dan kacau rata.Tutup api. Angkat ayam dan ketepikan. Sos ayam yang dalam kuali bole dicampur kedalam air panas nanti.
3- Beras yang telah dibasuh dan ditoskan dimasukkan kedalam ramekin.Letakkan sayur dam sekeping lemon dan juga beberapa keping ayam diatasnya.
4- Air panas mendidih dicampur bersama pati ayam dan sos gorengan ayam tadi dikacau rata dan dimasukkan kedalam mangkuk ramekin( anggaran satu cawan setiap mangkuk, air boleh dilebihkan jika ingin nasi sedikit basah).
5- Atur mangkuk atas dulang pembakar dan masak dlm oven dgn kepanasan 180 .Bakar selama 20 minit. Buka pintu oven dan kacau sedikit nasi tadi. Tutup oven dan bakar lagi hingga air kering dan nasi kelihatan masak, letakkan sekeping cheese diatasnya.Bakar hingga cheese kelihatan keperangan.
Boleh dihidang bersama sos atau sup pilihan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info