Mereka yang sudi.......

Tuesday, March 17, 2015

Begedel Kentang dan tuna

Sedap dimakan bila-bila saja...
Bahan-bahan
* 1 paket Australia baby potato
*  1 tin tuna chunk
*  Potongan bawang besar, daun bawang, cili hijau(3 biji) dan cili padi (3 biji)
*  2 ulas bawang putih
*  2 biji putih telur
* 1 cawan gandum
*  Minyak masak secukupnya
*  Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1- Basuh kentang buang kulit dan potong 4. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
2- Tuna dibuang airnya dan masukkan kedalam mangkuk.
3- Panaskan dalam 2 sudu minyak masak,tumis bawang putih hingga terbit bau dan masukkan tuna..kacau rata.
4- Masukkan pula potongan cili dan bawang. Tambah garam dan gula secukup rasa.Kacau rata dan padamkan api.
5- Kentang yang telah masak buangkan airnya dan dilecek, bila kentang sudah separuh halus, masukkan bahan yang digoreng tadi dan lecek kentang hingga halus.
6- Ambil sesudu besar kentang lecek, gentel bulat dan leperkan.Buat hingga habis.
7- Panaskan minyak masak, ambil sekeping kentang tadi, celupkan kedalam tepung gandum, celupkan pula kedalam telur putih dan goreng hingga garing.
8- Bila kentang kuning keemasan , angkat, toskan minyaknya dan siap untuk dihidang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info