Ikan Dory Gulai Kuning Daun Kunyit

Salam, menu ringkas untuk dinner malam ini.
Ikan dory yang digulai kuning bersama daun kunyit. Masukkan lebih cili padi biar lecur lidah..dihidangkan pula dgn budu...terangkat...kenyang perut suka hati En. Hubby malam ini.

Bahan2
* Sebungkus ikan dory(biasanya ada 3 keping) dipotong sederhana besar.
* 1 kotak kecil santan dicampur 1/2 kotak air
* 3 ulas bawang merah
* 5 ke 6 biji cili padi
* 2 biji cili besar hijau atau merah
* 1 pelepah besar daun kunyit
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
* sekeping asam keping, gula dan garam secukup rasa
Cara-caranya
1- Campurkan santan, air, bawang, cili padi dan serbuk kunyit dalan blender dan blend hingga bahan hancur.
2- Masukkan kedalam periuk dan masukkan asam keping gula dan garam.
3- Masak santan hingga hampir mendidih masukkan pula ikan. Masukkan daun kunyit yang telah di hiris halus dan juga cili besar yang dibelah dua.
4- Masak gulai hingga mendidih- kacau gulai secara perlahan supaya ikan tidak hancur.
5- Masak lah hingga gulai agak pekat dan rasa asam garamnya dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.
6- Tabur lebihan daun kunyit semasa hendak menghidangnya.

Comments

  1. Saya suka betul kalau ada simpanan ikan dory... isinya aje, sedap & Firdaus pun boleh makan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts