Mereka yang sudi.......

Saturday, October 18, 2014

Waffle Kentang Dan Telur

Salam untuk semua.
Resepi yg sedap dimakan dimusim hujan..mengantikan waffle yang biasanya dimakan bersama jam..yang ni savoury pulak.Pn.Ros dapat resepi dari internet.
Bahan-bahannya
* 4 biji kentang russet agak besar diparut kasar
* 1/2 biji bawang besar dihirus halus +  2 ke 3 helai daun bawang atau daun kucai
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
* 4 biji telur dipukul sedikit.
* garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-caranya
1- Perah air kentang yang telah diparut hingga kering dan masukkan kedalam mangkuk.
2- Masukan bawang, renjiskan garan dan lada hitam dan gaul gunakan garpu hingga rata.
3- Masukkan pula tepung gandum, kacau rata dan siram telur dan gaul hingga sebati dgn garpu.
4- Panaskan bekas waffle dan letak sedikit butter jika suka. Masukkan sesenduk kecil adunan tadi dan ratakan( agak2 lah sebanyak mana kena masukan adunannya mengikut saiz pembakar waffle ya). Bakar hingga garing.
5- Masak telur mata kerbau yang garing ditepinya untuk dihidang bersama waffle.

3 comments:

  1. baru ni..slalu makan waffle yang manis je..

    ReplyDelete
  2. Hai Kak Ros... selama ni kalau nak makan waffle main beli je... kalau buat sendiri kan best... tu laaa saya takde acuannya he hehehe.

    ReplyDelete
  3. tu la .. selalu makan yg manis aje lum penah makan yg savoury lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info