Mereka yang sudi.......

Wednesday, September 3, 2014

Nutella Pods

Salam untuk semua.
Resepi nutella pods dari group rakan2 fb dan blogger. Thank you pada tuan asal resepi..sungguh sedap dan 1 adunan boleh dapat dalam 60 biji. Puas hati bila makan, lebih2 lagi bila disimpan didalam peti, ranggup dan nyumm..nyumm...

Bahan-bahannya
* 380 grm tepung gandum
* 250 grm butter
* 220grm gula halus
*1 biji telur gred A
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 50 grm serbuk badam
* 1sudu esen vanila
Cara-caranya
1- Campukan bahan kering kecuali gula dan ayak
2- Pukul gula dan butter hingga berkrim dan masukkan telur pukul lagi dan masukkan esen vanila.
3- Masukan bahan kering dan kacau sebati hingga menjadi doh yang sangat lembut tapi tidak melekat ditangan. Rehatkan dalam 15 minit.
4-Gentelkan bulat- bulat doh tadi dan masukkan dalam bekas muffin saiz kecil. Tekan biar sama rata dengan lubang muffin.
5- Bakar dlm oven dgn suhu 170 darjah dalam 8 ke 10 minit dan keluarkan dari oven.Biarkan dlm seminit dua, :Ambil pengelek icing dan tekan ditengah-tengah permukaan pods yang dibakar tadi . buat secara perlahan agar mendapat lubang yang cantik dan tidak pecah
Masukkan semula kedalam oven lebih kurang 5 minit lagi untuk membuatnys lebih garing sedikit.Setelah itu keluarkan dari oven dan sejukkab. Bila dah betul2 sejuk baru diletak dlm 1/2 ke 1 sudu kecil nutella.
Simpan didalam peti dan keluarkan sebelum dimakan...waalah sedap



1 comment:

  1. kak..buat la tutorial pod tu...plss :) cantik la akak buat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info