Kuih Bakar Berlauk

Salam untuk semua.
Setiap kali tengok kuih bakar daging yang ditunjuk  kak jee dlm fb dan blognya pasti air liur meleleh ingin merasa, tapi jauh sangat untuk kerumahnya.Nampak pula dalam blog kak Yah dan kuih cara  Kak Rose, lagi la membuak-buak keinginan nak makan kuih ni.
Banyak juga blogger lain yang mencuba.
Untuk kali ni Pn Ros teringin nak cuba membuatnya dlm kuali ajaib.Maka resepinya ditukar sedikit dan gunakan barang2 yang ada saja.Hasilnya tetap sedap untuk makan anak branak.

Bahan-bahannya:
* 2 cawan tepung gandum
* 2 kotak kecil santan
* 1 kotak air ( masukan air kedalam kotak santan tadi dan goncang untuk mendapat santan yang melekat pada kotak- lebih kurang 210ml air)
* 4 biji telur saiz B
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu gula
* 2 titis pewarna kuning 
* 1 sudu besar butter
Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali butter. Mesin hingga bahan bercampur rata.
Tapis kedalam mangkuk bersih.
Bahan topping
* 1 bungkus minced chicken jenama Ramly
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 paket serbuk kari daging
* 1 biji bawang besar dipotong dadu
* 3 pokok daun bawang
* 2 biji cili merah
* 1 ketul pati ayam
* garam secukup rasa


Cara-cara memasak minced chicken
1- Panaskan dalam 3 sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang besar.
2- Masukkan serbuk kari dan sedikit air dan kacau hingga terbit bau.Masukkan daging ayam dan kacau hingga air ayam kering .
3- Masukkan serbuk perasa dan kacau rata hingga ayam masak.Angkat dan sejukkan.
4- Potong halus daun bawan dan cili merah dan ketepikan.
Cara Membuat Kuih Bakar
1- Sapu butter pada kedua-dua bahagian kuali dan letakkan diatas dapur dengan api kecil sahaja.Biarkan hingga butter panas dan berbuih.
2- Tuang adunan kedalam kuali dan tutup kuali (gunakan api yg kecil) Masa proses ini biarkan kuali diatas dapur selama lebih kurang sepuluh minit. Alihkan kuali kekanan dan biarkan selama lebih kurang 10 minit, kemudian alihkan kekiri dan biarkan lagi selama lebih kurang 10 minit (ini untuk membolehkan kueh bakar masak rata).
3- Buka penutup dan pastikan yang bahagian tepi kueh bakar kelihatan kering dan bahagian tengahnya juga dah mula mengering.
4- Taburkan ayam yang telah dimasak tadi (Pn Ros tak gunakan semua Ada lagi dalam semangkuk kecil-suka hati la ya kalau anda nak guna semuanya).
5- Taburkan pula cili dan daun bawang.Tutup kuali dan masak sekejap.Agak-agak bahagian atas daging dah agak kering dan daging ayam telah betul2 melekat , terbalikkan kuali (buat secara berhati-hati).
6- Ulang proses masakan yang sama(kekiri dan kekanan). Selepas 10 ke 15 minit terbalikkan semula dan biarkan selama beberapa minit lagi(boleh cucuk dgn lidi untuk pastikan bahagian dalamnya betul2 masak).Tutup api dan biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong.




Comments

Popular Posts