Carrot kek dan Lemon kek

Assalam. Ohhh penuh dgn habuk...takpe la, kita berblog bila terasa nak berblog. Tampa paksaan sesiapa.
Bulan ni bulan buat kek.
1- carrot kek untuk wedding anak buah tercinta yang macam anak sendiri.
Tinggi semangat nak buat kek bertengket-tengket. Akhirnya terjadi la kek 3 tingkat ni.
Harap maalum resepi tak boleh kongsi sebab tuan resepinya dan pesan jangan letak kat blog ya Pn. Ros, dia kongsi resepi ni dgn kita sorang je.
Hiasannya fondant dan gumpaste flower.
Walau pun tak sehebat mana tapi rasa bangga gi... Dapat hadilkan kek ni.
2- Lemon kek..yang ni dibuat kerana nak practice dan tengok cantik tak kalau buat untuk majlis tunang anang sulong Pn.Ros bulan 10 nanti.
Resepi paling mudah, gi je Giant dan beli sekotak lemon kek brand Pittsburry  atau Betty Crocher.
Hiasannya sama, cuma guna fondant dan gumpaste flowers.
Agak puas hati dgn hasilnya.

Comments

Popular Posts