Pulut Tai-Tai

Assalam semua.Resepi pulut tai-tai yang agak lama tertangguh.Sebenarnya ini adalah kali kedua membuatnya.kali pertama warnanya tak mengancam sangat sebab bunga telang tu direndam sekejap je.
Untuk kali ni Puan Ros rendam 1 malam dan esoknya baru digunakan.Terima kasih MiMie sayang yang jauh diPenang sebab bersusah payah hantar bunga telang ni melalui pos.Puas hati dapat makan pulut ni dengan kaya (PN Ros beli je kaya tu) dan dihidang bersama  teh panas kurang manis.
Bahan-bahannya
* 800 grm beras pulut
* 600 ml santan
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula
* Beberapa helai daun pandan
* 40 kuntum bunga telang kering
* 1 cawan air panas  \

Cara Memasak
1- Rendam bunga telang dengan ai panas dan biarkan sejuk. Setelah sejuk boleh lah disimpan didalam peti sejuk semalaman(boleh dibuat sehari lebeh awal.
2- Beras pulut dibasuh bersih dan bahagikan kepad 2 bahagian. Rendam 1 bahagian dengan air biasa dan 1 bahagian lagi dengan air bunga telang. Biarkan semalaman (air rendaman mesti la melepasi paras pulut.) 
3- Buang air rendaman dan masukkan beras pulut kedalam bekas kukusan  seperti dalam gambar Lapik kukusan dengan 2 3 helai daun pandan dan letakan 1 atau 2 helai diatas beras pulut.

4- Kukus pulut hingga separuh masak dan angkat, tuang pulut separuh masak kedalam mangkuk bersih yang agak besar( biarkan kedua dua colour bercampur)
5- Siram santan yang telah dicampur garam dan gula kedalam pulut dan gaul rata mengunakan senduk kayu (masukkan santan sedikit-sedikit) Kacau rata hingga pulut menyerap semua santan dan menjadi sedikit berminyak.
6- Masukkan semula pulut kedalam periuk kukusan dan kukus pulut untuk kali kedua hingga masak.
7-Angkat pulut dan kacau lagi biar agak berkilat.Masukkan kedalam bekas 4 segi dan dgn mengunakan sarung tangan plastik tekan pulut hingga padat dan rata. Pastikan pulut betul betul ditekan rata dan atasnya kelihatan licin (lakukan semasa pulut masih panas untuk memudahkan ia menjadi padat).
8- Biarkan pulut selama 30 minit sebelum dipotong.
9- Siap untuk dihidang bersama kaya.


 happy cooking 

Comments

  1. salam kak ros ..cantiknnya kebiruan laut warnanya.. tapi banyaknya guna bunga telang .... memang wani x pernah rasa pulut makan dengan kaya :))

    ReplyDelete
  2. Salam, wani, sedap pulut dgn kaya. Bunga telanh tu kecik je bila dah kering
    1st time buat kak ros guna sikit je dan color dia tak terang sangat,tak puas hati,macam tak cantik je,2nt time ha tu dia!

    ReplyDelete
  3. Puan Ros...
    Kat mana nak cari bunga telang kering tu ye? Teringat arwah nanny dulu kalau buat pulut ni, dia masukkan dalam kotak kayu,, pas tu dia hempapkan dengan batu giling... huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts