Mereka yang sudi.......

Tuesday, December 3, 2013

Muffin Lemak Isi ketam


Assalam semua,
Biasanya kita makan muffin yang manis-manis kan? Jarang orang buat muffin yang savory atau lemak2 masin.
Kali ni Pn Ros mencuba resepi dari BBC network dengan mengolah sedikit bahannya mengikut apa yang ada didapur.
Dan hasilnya , dapat la makan muffin yang lemak dan sedap untuk breakfast pagi tadi.
Bahan-bahannya
* 2 cawan tepung naik sendiri(self raising flour)
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh garam(boleh dikurangkan)
* 1/2 potong Zucchini yang diparut(warna hijau)
* 1 batang carrot size kecil yang dikupas dan diparut
* 2  biji telur 
* 3/4 cawan susu segar
* 125 grm butter yang telah dicairkan
* 1 cawan parutan chedar cheese atau secukupnya
* 1 sudu besar sour cream
* 10 ke 11 batang crab stick
 Cara menmasak
1- Parutan zucchini dan carrot diperah keluar airnya.ketepikan
2- Dalam mangkuk campurkan semua bahan kering dan masukkan parutan carrot dan zucchini.
3-Potong kecil crab stick, separuh dicampur bersama bahan kering tadi dan simpan separuh untuk diletakkan diatas muffin sebelum dibakar.
4- Masukkan juga 3 sudu besar cheese kedalam bahan kering tadi dan gaul rata.
5- Dalam mangkuk lain masukkan bahan basah dan pecahkan telur didalamnya, kacau bahan hingga sebati.
6- Masukkan bahan kering kedalam mangkuk bahan basah dan dgn mengunakan senduk kayu kacau semua bahan hingga betul-betul sebati.
7- Masukkan muffin cup kedalam bekas muffin dan sendukkan adunan muffin kedalamnya agak2 3/4 penuh.
8- Taburkan potongan crab stick dan cheddar cheese diatasnya.
9- Panaskan oven dgn kepanasan 200C dan bakar muffin lebih kurang 20-25 minit atau bila dicucuk lidi kedalammnya , batang lidi keluar bersih dah bahagian atas muffin juga kelihatan kuning keemasan.

Hidang la sewaktu masih panas,memang sedap untuk buat sarapan pagi mengantikan beberapa jenis cokodok yang biasa kita masak untuk sarapan.
 happy cooking 


4 comments:

  1. Salaam Puan Ros,

    Bila tengok ingredients, macam sedap. Tapi agaknya otak ni dah setting... kalau muffin tu manis... bila kata savoury muffins tu, macam belum berani nak cuba. Unless ada orang can really convince me to try it out myself..... ce terai convince cer... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamaFami belum cuba belum tahu....kak Ros grenti sedap dan lembut ni..Pukul 10.30pm panaskan lagi sebiji dan makan..wah masih lembut!!!!cuba ya.

      Delete
  2. lama tak datang。。。kek yang sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. chuking memang sedap muffin ni, Hana love it, you kids will love it too.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info