Baby choc cake


Salam untuk semua.
Semangat datang untuk menulis blog malam ni , maka harus la dilakukan dengan pantas sebelum semangat ini melayang hilang entah kemana lagi.
Baby choc cake namanya diberi hanya kerana saiznya yang kecil dan orang yang membuatnya juga adalah baby didalam family ni.
Sebenarnya ini adalah resepi untuk kek dalam cawan yang diambil dari internet , tapi P.Ros bakar dalam ramekin.Saja dibuat saiz kecil untuk harijadi anak lelaki yang sorang ni sebab biasanya budak2 lelaki ni tak nak sambut b-day. So saja-saja bagi little laling buatkan kek untuk abangnya dan P. Ros masakkan nasi tomato bersama ayam masak merah bagi merayakan nya secara yang amat simple.
Resepinya juga teramat simple sesuai sangat dgn majlisnya.Gambar juga hanya diambil secara random.

Bahan-bahannya
* 4 sudu besar tepung gandum
* 4 sudu besar gula
* 2 sudu besar sebuk koko
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 sudu besar fresh milk
* 1 biji telur gred A
* secubit garam
* beberapa titik vanila essence

Cara memasak
1- Campurkan semua bahan kering dalam 1 bekas dan kacau rata
2- Dalam bekas lain campurkan pula bahan yang basah dan kacau sedikit
3- Masukkan bahan kering kedalam bahan basah dan kacau hingga sebati dan tidak bergentel
4- Sapukan sedikit butter pada ramekin dan tuang adunan kek tadi kedalamnya
5- Panaskan avon dgn suhu 170C dan bakar kek selama lebih kurang 15 ke 20 minit
(kalau nak kek masak keseluruhannya bakar la lama sikit, jika nakkan kek yang wobbly ditengahnya kurangkan waktu membakarnya).
6- Panas kan sedikit chocolate compound secara doule boiler dan curahkan keatas kek yang sudah agak sejuk dan simpan dalam peti sejuk dalam 5 ke 10 minit Siap untuk dimakan.
happy cook
                                                                                  happy cooking 

Comments

  1. isk isk isk setiap kali tgk kek coklat musti terliur :D..

    ReplyDelete
  2. bagus resepi ni kak ros...takyah fikir sape nak tolong habiskan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts