Roti Poket

Salam untuk semua. Dah 2 minggu rasanya tak update blog. Memang masak tapi tak ada masa dan tak ada angin pula nak mengambil gambar dan menaip.
Hari khamis lepas P.Ros bawa anak2 ditadika buat lawatan ke kilang roti gardenia.Di akhir lawatan kami diberikan goodie bag yang berisi beberapa jenis roti , gardenia kaya dan juga buku resepi. Pagi ni P.Ros teringin nak makan roti untuk breakfast, makanya ambil peluang gunakan roti gardenia untuk buat roti poket dgn inti sempoi dan berkhasiat.
Nak kena ucap terima kasih Pada pihak pengurusan gardenia yang menyambut dan meraikan kedatangan kami.Anak-anak dijamu dengan air choclat dan wafer gardenia yang lembut dan sedap.
Roti poket ni rasanya semua orang dah tahu buatkan. Yang P.Ros buat kali ni sangat simple hanya gunakan telur , carrot dan kubis. Tapi sangat berkhasiat sebab seperti meletak salad didalam roti je.Sedap dan mengeyangkan.

Bahan-bahannya
* 12 keping roti
* 4 biji telur gred A
* 1 batang carrot
* 2 biji bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* sepotong kobis
* 1/2 keping pati ayam
* secubit garam dan sedikit serbuk lada putih
* cili sos secukupnya\
* 3 sudu besar minyak masak
* 2 cawan bread crumb

Cara-caran membuat inti
1- Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih yang telah dipotong halus.Masukkan 2 biji telur yang telah pukul sedikit. Kacau hingga telur hancur dan masak.
2- Masukkan carrot yang telah diparut dan juga kobis yang telah dipotong halus diikuti bawang besar yang juga dipotong halus.kacau rata.
3- Masukkan pula bahan perasa. kacau sekejap dalam 3- 4 minit (pastikan yang sayur masih kelihatan rangup).Tutup api dan sejukkan bahan inti.
Cara membuat roti poket
1- Letakkan 2 keping roti diatas 1 sama lain dan gelek kedua-dua roti hingga nipis (2 keping roti digelek menjadi sekeping roti)
2- Ambil sebiji mangkuk atau apa2 benda berbentuk bulat dan letakkan diatas roti yang telah digelek tadi.Potong roti mengikut acuan menjadi kepingan yang bulat dan leper.
3- Pukul 2 biji telur bersama secubit garam. Celup potongan roti tadi didalam telur dan celupkan pula dalam bread crumb.  Goreng roti hingga kedua-dua belah roti  garing dan menggelembung (ini tandanya roti dah masak).
4- Angkat roti dan tos diatas kitchen towel. setiap keping roti dipotong 2. Masukkan inti kedalam poket roti dan pipekan cili sos jika suka


                                                                 happy cooking  
Anda mungkin juga meminati: 

Comments

  1. Hi! Rose,Your roti poket looks so great & delicious !

    ReplyDelete
  2. Wahhh nampak menarik akak, lama tak tgk akak Ros update blog :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam DZ, meang kak Ros agak malas menaip akhir2 ni...angin malas pus..pus...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts