Mereka yang sudi.......

Sunday, March 3, 2013

Happy Feet Chocolate cupcakes



Salam hari minggui untuk semua. Best nya hari ni dapat bersantai bersama keluargaka?? Petang semalam P.Ros dan guru2 menghadiri kursus dan dalam perjalan balik kami singgah dibake with yen. Terpandang bekas cake silicon ni dan hati melonjak nak membelinya.
Hari ni pagi2 bangun buat chocolate cupcakes ni dengan mengunakan mold berkaki tu. Tapi kaki ni memang tak boleh berdiri tekak la...geram betul,, asyik senget walau pun telah dibetulkan.Sebab mold berkaki hanya dibeli 4 biji maka yang lainnya P.Ros bakar dalam paper cup je.Kek yang sedap dan ganache juga sedap.
Jemput la jamu mata ya...



Bahan-bahannya
* 200 grm  darkchocolate compound
* 200 grm butter 
* 1/2 packet nescaffe 3 in 1
*125 ml air
* 85 grm tepung gandum
* 85 grm tepung naik sendiri
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (P.Ros tak ada soda dan digantikan dengan baking powder)
* 100 grm brown sugar
* 50 grm caster sugar (tak letak pun tak apa)
* 15 grm coco powder
* 3 biji telur gred C
* 75 ml buttermilk (P.Ros gunakan 75 ml susu segar + 1 sudu besar cuka makan)
* secubit garam



Cara-caranya
1- Cairkan butter dan chocolate secara double boiler. Angkat dan ketepikan.
2- Camprkan nescafe bersama air suam.kacau rata dan masukkan kedalam bancuhan chocolate tadi.
3- Dalam mangkuk bersih campurkan gula ,gandum,  tepung naik sendiri sebutk koko dan garam. Gaul rata.
4- Telur dicampurkan bersama butter milk dan dikacau sedikit
5- Masukkan bahan chocolate kedalam campuran gandum dan kacau. masukkan pula bancuhan telur dan kacau hinnga semua bahan sebati dan tidak berketul.
6- Tuang adunan kedalam acuan pilihan masing-masing.
7- Bakar cupcakes dalan oven dengan suhu 160 C selam 25 ke 30 minit. Angkat dan sejukkan atas redai.

Untuk Ganache
* 250 ml thicken cream
* 1 cawan brown sugar
* 70grm butter
* 2 cawan chocolate chips
Panaskan cream  atas api kecil hingga mendidih dan masukkan brown sugar. Kacau hingga gula hancur dan masukkan pula butter.kacau lagi.Masukkan chocolate chips dan kacau hingga semua bahan sebati dan coklat chips larut semuanya.Angkat dan sejukkan sebentar sebelum disudukan keatas kek.Siap untuk dihidang.


                                                                           happy cooking  

6 comments:

  1. saya kan tak sabar nak pegi bake with yen tu, insyaAllah kalau sempat nak pergilah cuti sekolah ni... geram nengok keknya kak ros, bersinar ganachenya

    ReplyDelete
  2. Alah comey nyer cup cake Akak Rose, suker nyer tgk akak beli kat mana ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delima kak ros beli kat bake with Yen PJ. Naik tingkat atas ,kaki2 tu ada menyorok kat atas shelf kat tingkat atas. RM 2.50 satu.

      Delete
  3. So cute cuppies...pernah nampak kat BWY...mesti beli next time...hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ros,
    La ni demam mould ni pulak yer, hari tu nampak kat blog Sue, cute sgat, tambah2 ada kek cekelat kat dalamnya, fuhhhhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info