Kek Gulung kasih


Salam untuk semua.Salah satu juadah kek pada raya pertama.Resepi dari Dayang Jack. P.Ros gandakan adunannya.Thank you Dayang.Akak copy paste resepinya dan diminta halalkan sempena raya ni ya. 

Kek Gulung Kasih
Rujukan resepi: Dayang jack

        bahan-bahan:
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
  11.                                                               happy cooking
     

Comments

  1. Selamat hari raya kak ros, maaf zahir & batin...canteknya kek gulung tu, happy colour...insyaallah nnt mau try buat jgk, tq : )

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum kak Ros.

    Selamat hari raya kak.. Maaf zahir batin ye.
    Cantik kek gulung akak.. Warna warni kalernya..

    ReplyDelete
  3. salam lebaran kak ros, maaf zahir dan batin...mmg meriah tgk kaler kek gulung tu...

    ReplyDelete
  4. saya dah lama teringin nak buat kek gulung ni kak....tapi tak tau la bil rajin nak cuba...tapi suka sgt makan...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts