Biskut Donut / Chocolate Chips Cookies

Salam Ramadhan untuk semua. Wah dah lebih seminggu rasanya tak berblog.Kesuntukkan masa dibulan puasa ditambah kemalasan mengadap PC memang tahap kronik...
Sebenarnya setiap hari P.Ros masak dan alahai malasnya nak angkat kamera dan snap gambar makanan-makanan tu..
Malam ni gagahkan tangan untuk mengedit gambar 2 jenis biskut ni untuk tatapan anak2 dikemudian hari. Dua jenis biskut yang diambil resepinya dari sini dan sini.Thank you Naz cute oven small kitchen dan Fiza Damia untuk biskut chocolate chips tu dan thank you juga pada Ita masam manis dan Kak1 citarasawan untuk resepi biskut donut tu.

 


BISKUT DONUT / SNOW WHITE COOKIES 
 Rujukan : Resepi Citarasa Wan dan Blog Masam Manis

Bahan A

150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex

Bahan B

200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum ~ dikisar
3 sudu besar susu tepung

Hiasan

Coklat masakan putih (P.Ros guna Chocolate masakan putih dan pink perisa strawberry)
Manik berwarna warni


Satukan bahan A dan pukul hingga sebati
Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna
Setelah masak susun atas redai hingga sejuk

Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler

Celupkan sebelah permukan biskut
Taburkan manik
Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara .



BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Sumber Resepi: Fiza Damia 
                           Naz's Cute Oven Small Kitchen

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
  • Cara-cara :
  • Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  • Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  • Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  • Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  • Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  • Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
  •  
                                                     happy cooking

Comments

  1. salam kak Ros
    Selamat malam.. dah malam baru sampai.. siang tadi ita sibuk sangat, sampai tak sempat-sempat..

    waaa... ada biskut donut.. ita suka biskut ni rasanya pada ita sedap! budak-budak pun suka..

    satu lagi biskut dari naz tu pun ita berangan juga nak cuba.. insyaallah akak buat juga untuk bekal anak-anak balik nanti..

    Terima kasih kak Ros

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ita...memang sedap biskut donut tu..dan prosesnya pun senangkan.

      Delete
  2. Assallamualaikum kak Rose..

    Wah sekali n3, dua jenis biskut yg keluar ... Kak, mana cara2 buat biskut choc chip tu kak??? Hehehee..mesti terlupa ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadz salam.Thank u for mentioning.Malam2 ni mata dah kelabu....kak ros dah update kan.

      Delete
  3. Rajinnya Kak Ros mengukis... banyak dah ke koleksi biskutnya raya tahun ni... ikutkan hati Amie pun malas nak up-date blog, dahlah siap masak pun dah nak masuk waktu berbuka, ambil gambar ala kadar ajelah untuk kenang-kenangan.

    ReplyDelete
  4. Salam Pn.Ros..Nekcik ingat nak cuba choc chip tu...macam sedap jer!!! Tq

    ReplyDelete
  5. cookies bagi Raya, buat banyak banyak huh, nanti saya pergi makan, hehehe..

    ReplyDelete
  6. Salam kak ros! akak berbuka makan apa tadi?? :D kita mkn roti jala ajer td ni dah akhir2 ni jadi semakin pemalas nak makana n masak ehehe.. biskut cekelat cips tu mmg best! kita dah stick dgn respei tu ajerr sbb sedap :)) semalam baru beli cutter si beskut donut nii, buatnya ntah bila, byk betul yg nk dicuba balik nanti tp larat atau tak tu tak tahu lerr sbb dah nak raya takut last minute pergi bazar ehehe... Selamat hari raya buat akak jugak :-) hati2 di jalan raya :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts