Roti Tuna

Salam untuk semua.dah agak lama tak buat roti.Tapi boleh dikatakan hari2 makan roti.Banyak macam roti yang ada kat kedaikan??? so beli je le....lebih2 lagi my laling hantu roti....kita tak payah susah payah nak buat sebab dia asyik beli roti.....tapi yang ni sebab nak makan sendiri maka susahkan la badan ku ini untuk bangun pagi2 dan meroti. Makan sampai puas hati.Eh tak juga sebab dapat dalam 12 biji rasany kot......tak sempat nak kira la pulak sebab telan masa panas-panas..uh..uh...
Resepi diambil dari My Resipi

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 60g butter(P.Ros guna shortening)
  • 1 sudu kecil dry yeast 
  • 1/2 sudu bread improver (P.Ros tambah)
  • ******************
  • 2 tin tuna (P.Ros guna 1 tin saja)
  • 1/2 biji bawang besar
  • mayonis 
  • Parutan cheddar cheese (P.Ros tambah) 
  • potongan daun bawang secukupnya

Cara-caranya (Ini cara P.Ros)

1- Campurkan semua bahan kering.Masukkan pula shortening dan ramas menjadi breadcrum.masukkan pula telur dan gaul rata.

2- Masukkan susu sedikit demi sedikit.Uli adunan hingga susu habis. dan terus menguli sehingga adunan menjadi sebiji bola besar yang lembut.

3- Tutup mangkuk dengan tuala bersih dan biarkan selama 45 minit ke 1 jam hingga adunan mengembang sekali ganda.

4- Selepas satu jam, keluarkan adunan dan tumbuk-tumbuk sedikit adunan.Uli biar lembut dan licin dan bahagikan kepada 12 biji bebola sebesar bola pingpong.

5- Setiap bebola pingpong tadi dijadikan 6 biji bebola kecil.Letak sebiji ditengah dan lima biji dijadikan kelopak bunga.Tekan sedikit bahagian tengahnya dan letak 1 sudu campuran tuna.Taburkan pula cheese dan sedikit daun bawang.

6- Sapukan kuning telur pada kesemua bahagian kelopak roti

7- Bakar pada suhu 180c selama 20 minit atau roti kelihatan kuning keemasan.

* Roti ini boleh dibentuk mengikut kesukaan masing2 dan boleh tengok cara2 membuat dan membentuknya di link yang diletak kat atas tu ya.

 
                                                     happy cooking

Comments

  1. ada roti sedap la kt sini...uncang bayam kt bwh tu pon cam best je...nk buat kulit wantan tu tak terbuat lg k ros..pegi kedai takde plak tepungnya...

    ReplyDelete
  2. asslm Kak Rose...sgt mnarik tgk roti tuna ni...sedap..QH nk amik resepi ni yer...

    ReplyDelete
  3. wah best tu roti tuna..mkn panas2 n letak sos cili..mantop..tadi pun ingatkan nak buat bun sosej gak tapi tepung roti dah berkutu..huhu..sedihnya..

    ReplyDelete
  4. beshhnya kak ros,roti...saya suke,saya suke.

    ReplyDelete
  5. Salam kak ros, wah ini mmg kesukaan my husband ni tapi sya tersangat2lah tak pandai buat roti, hehe...thnks for d recepi, one day nak cuba ni : )

    ReplyDelete
  6. Salam puan ros...rajinnya meroti...nampak sedap je...copy resepi ,leh tak?

    ReplyDelete
  7. Salam kak ros.. tun pulak, hampir setiap hari meroti.. haha..
    tp dh lama x mkn roti tuna.

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak..syok makan panas2...huhuhu

    ReplyDelete
  9. ermmmm sedap nyer nampak..Thanks sbb kongsi resepi ;D

    ReplyDelete
  10. Salam k.Ros.roti homemade....sedapnya mkn yg fresh baru keluar oven...tambah ada tuna dan cheese...sedapnya..

    ReplyDelete
  11. adusss, bila cuaca mendung2 ni (kat sini gelap gelita mendung) terasa lapar plak tgk roti k.ros ni

    ReplyDelete
  12. rajinnya kak Ros meroti... kagum dengan kesungguhan kakak! tuna cheese tu yang bikin liurku terus meleleh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts