Khao Niaow Ma Muang


Sawatdee Kaa.. 
Hari ni pagi-pagi apart from having the dumpling for breakfaast, my laling and me also enjoyed this Khao Niaow Muang atau Thai Mango Sticky Rice.
Mango yang dihadiahkan oleh cikgu hari sabtu lepas. Sangat sedap dan manis. Ternampak resepi ni diblog Peng's Kitchen dan tertarik dengan ideanya membuat Mango sticky rice nampak macam shushi,, maka semangat untuk membuatnya muncul.Walau pun kita punya tak nampak macam shushi pong.....
Memang berbaloi-baloi...My laling makan berulang kali dari pagi sampai petang.Little laling ikut sekaki .Memang laku la jualan hari ni. Puan Ros gandakan resepinya sebab dah tahu kalau buat sikit memang tak cukup.

Bahan-bahannya
* 200 grm beras pulut
* 120 ml santan kotak 
* 2 sudu besar gula
* 1/4 sudu kecil garam
* 2 biji mangga masak (atau sebanyk yang disukai)
Untuk santan pekat
* 100 ml santan dibancuh dengan 1/2 sudu kecil tepung jagung yang telah dicampur 1 sudu besar air.
* Masukkan secubit garam dan masak atas api sederhana hingga santan masak dan agak pekat.Sejukkan sebelum dihidangkan.
Cara-caranya
1- Beras pulut dibasuh dan direndam semalaman.
2- Toskan airnya dan masukkan kedalam periuk.Masukkan air biar terlebih tinggi sedikit dari paras beras pulut.masukkan pula santan  garam dan daun pandan .Kacau rata dan masak dengan api sederhana kecil.
3- Bila pulut dah mendidih dan airnya mula mengering masukkan gula dan kacau perlahan. Tutup periuk dan masak lagi atas api kecil dalam 10 minit.
4- Buka tudung periuk dan boleh ditambah sedikit santan sekiranya pulut agak kering.kacau sedikit.Tutup periuk biarkan selam 5 minit dan tutup api.
5- Biarkan pulut agak suam.Letakkan sedikit saja minyak masak diatas tapak tangan dan kepal pulut mengikut bentuk yang disukai atau boleh mengunakan apa bekas pil;ihan untuk diletakkan pulut.
6-Potong mangga dan letakkan diatas pulut tadi dan siram santan pekat diatasnya.Siap untuk dihidang.
                                                       happy cooking

Comments

  1. salam Puan Ros
    wah sedapnya pulut ni saya memang hantu pulut apa lagi dengan mangga mengancam lah nk kena cari mangga ni..

    ReplyDelete
  2. Salam K.nor sekarang pun musim mangga kan??So lagi la menjadi2 mangga dgn pulut ni

    ReplyDelete
  3. Assalam kak ros, kita pun suka pulut mangga ni..
    kalau dpt mangga yang manis..aduhai..kak ros lalu pun kita tak nampak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu dekat kelantan kita org makan pulut santan dan durian. dekat thailand pulut dan mangga.Kerana kami negeri yang berjiran maka harus la makan kedua-duanya..hihihni

      Delete
  4. salam kak ros, wah3x nampak menyelerakan sungguh pulut mangga ni tapi terbelit2 lidah mem'pronounce' namanya,hehe...

    ReplyDelete
  5. Hey Aunty,

    You would personally name you, our own Malaysian's Julia Child.

    Great blog. Keep up the good work.

    Regards,
    Julia Hoo (Nini's Bestfriend)

    ReplyDelete
  6. Hi Ju..thank you,come over when your are free so aunty can cook something for you.But must give warning first lol...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts