Oreo Aiskrim Kek
Tapi disebabkan oleh permintaan little laling untuk harijadinya dan dah jadi kebiasaan kek harijadi anak2 dibuat sendiri,maka digagahkan semangat untuk membuatnya. Tak de la secantik mana pun tapi rasanya sedap la juga sebab memang aiskrim dan biskut tu yang dah siap punya ditambah pula dengan taburan cooking white and dark chocolate. Lady bug tu pulak sejenis candy yang boleh dibeli dikedai bahan2 kek.
Satu hal dengan aiskrim kek ni..disebabkan cuaca yang panas dan aiskrim yang dibeli bukan jenis yang sangat mahal..makanya cepat je dia mencair dan membuatkan nya nampak sememeh!!!!so satu je caranya bila dah sedia nak makan baru dikeluarkan dari peti ais. kalau tak bertapa la ia dalam freezer.
Bahan-bahannya
* 3 bungkus biskut oreo
* 2 liter aiskrim perasa Grand Caramel Almond Fudge
* 100 grm white cooking chocolate
* 100 grm butter dicairkan
cara menyediakan
1- Guna dalam 1 1/2 paket biskut oreo yang dibuang krimnya.Masukkan kedalam bag plastik dan gelek sampai hancur -tak perlu terlalu halus (boleh juga dibeli biskut oreo yang dah dihancurkan)
2- Masukkan kedalam mangkuk dan tuang butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit.kacau hingga bahan sebati.Masukkan kedalam spring-form berukuran 8 inci.Ratakan dan tekan hingga nampak padat dan licin berminyak.
3- Biskut oreo yang masih berbaki dibuka(tapi tak perlu buang krimnya) dan diatur keliling bekas kek seperti dalam gambar.Tekan sedikit agar biskut tertanam dan berdiri tegak.
macam biasa.. dia la seorang yang suka menolong didapur,tambahan ini pula kek harijadinya.
4- Keluarkan aiskrim 20 minit lebih awal.Bila lapisan bawah oreo dah siap,masukkan aiskrim kedalam mangkuk dan dikacau agar menjadi lembut.Curahkam aiskrim didalam bekas yang disediakan tadi.Ratakan dan tutup bekas dengan aluminium foil.Masukkan kedalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam atau bahagian atasnya dah mengeras bila ditekan.
Bahan hiasan dan cara menghias
1-Panaskan coklat masakan dan masukkan kedalam bekas bentuk ABC untuk perkataannya.(yang ni sebenarnya P.Ros buat 2 hari lebih awal dan masuk dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk.
2- Panaskan sedikit white coklat dan biarkan sejuk seketika,masukkan kedalam piping bag .Keluarkan aiskrim yang telah separuh keras dan buat lakaran garisan diatasnya mengikut patern pilihan masing-masing.P.Ros buat garisan yang sama secara berulang alik dan bertentangan arah hingga coklet habis.
Masukkan semula kedalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
3- 5 minit sebelum upacara potong kek bermula baru keluarkan dari peti sejuk.Keluarkan aiskrim kek dari bekasnya dan hiaslah sesuka hati diatas kek tu.
TARAAAA................
happy cooking
wahh.. sedapnyer akak.. time kasih for the receipe.. tangan dah gatal nak buat hah.. lagi2 melibatkan oreo... oreo mania...
ReplyDeleteBuat je sementara tangan tengah gatal tu mayang..senang bebenor pun nak mambuatnya.
DeleteBila sebut tentang kek aiskrim memang terbayang kecekapan untuk membuatnya, tapi hasilnya memang sedap! Nampak macam mudah pula bila Kak Ros tunjukkan di atas tu... oreo ni memang kegemaran anak2!
ReplyDeleteAmie,kat sini yang asyik ulang alik makan aiskrim kek tu bukan anak2nya tapi ayahnya yang asyik berulang perdi buka freezerrrr...geli hati kak ros tengok.
Deleteasslm kak Rose...tq bkongsi idea ni...nmpk mudah jugak..mgedik jugak ni nk buat...
ReplyDeleteWeee...lalalala...kek yang paling sodap...tak tau nak kata apa lagi...sedap sangat nampkanya kek aiskrim tu..godaaan betullll..
ReplyDeleteHai rahel..kek kat dapur Rahel lagi tak terkata-kata kak ros dibuatnya.
Deletewah ni baru betul2 aiskrim kek pure aiskrim cuma kat bawah tu je oreo kan,nampak menarikss macam nak buat jugak ni Puan Ros hee
ReplyDeletekak Noor sila...musim panas ni lagi sedap dapat makan aiskrik kek.
Deleteoh satu lg kek mengguda..td kt dapo rahel..semuanya mcm memanggil manggil je suh makan...muahaha
ReplyDeletesalam ummi...buat jangan tak buat.Tapi kalau yang kat dapur Rahel tu..kak Ros pun tabik spring la....
DeleteAssalam kak Ros, sedapnya tgk kek ice cream ni kak..terliur la..hehe happy belated birthday buat anak akak ya.:)
ReplyDeleteSalam.. Pada saya, kek ni dah cukup cantik. Kalau kek aiskrim, saya memang suka sangat..
ReplyDeleteHappy Belated birthday untuk anak akak ye..
Ahhhh yummy yummy...am drooling dear..:)
ReplyDelete