Wrapped Chicken

Salam untuk semua.
Ini kes blogger sambil lewa ya..
Dah tulis resepi kat Fb dan malas nak tulis berulang kali so kita coppy paste saja.
Apa pun resepi ni Pn Ros belajar dgn mak mertua masa awal-awal perkahwinan dulu. Dah 20 tahun lebih pun. Chinese styl bungkusan ayam.Biasanya boleh juga dimasukkan five spice powder. Hari ni Kita kehabisan stock five spice powder tu.
Perisanya memang boleh ikut sedap rasa kita, tak ade fix rules kot.Cuba la ya.Bagi yang tak boleh baca. Pn Ros tuliskan secara ringkas ya.

Bahan dan cara memasak:
1- 17 kepingan daging ayam dipotong sederhana kecil basuh bersih dan ditoskan airnya.
2- 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah dan halia sebesar ibu jari.(tumbuk semea bahan dgn 1/2 sudu kecil garam.
3- Dalam mangkuk campurkan 3 sudu besar so tiram,2 sudu besar kicap manis, 2 sudu  besar sos cili.1 sudu besar minyak bijan dan 1/2 sudu kecil campuran garam dan lada sulah ajishio.
4- Campurkan semua bahan dan gaulkan dengan ayam dan ketepikan.
5- Potong kertas parchment paper bentuk empat segi dalam sejengkal saiznya, bungkus ayam sekeping -sekeping(boleh dimasukkan sedikit sos yang ada dalam bekas ayam). Sapu putih telur di hujung bungkusan sebagai pelekat.Perap ayam dalam 1 ke 2 jam.
6- Panaskan minyaksecukupnya dan goreng hingga bahagian luar kertas nampak kehitaman.Angkat dan toskan minyak.
Boleh dihidang bersama sos dan makan begitu sahaja.

Comments

Popular Posts