Mereka yang sudi.......

Thursday, April 30, 2015

Baked Blueberry Cake Doughnuts

Salam untuk  semua...Resepi cake yang dimasak didalam acuan donut ni sangat senang untuk dibuat dan sedap dimakan untuk teatime.Resepi asal dari All Recipe. Tap Pn. Ros dah tukarkan beberapa bahan mengikut apa yang ada didapur hari ni.

Bahan- bahanya
* 2 cawan tepung gandum
* 3/4 cawan gula
* 2 sudu kecil baking soda
* 1 sudu teh garam
* 3/4 cawan susu
*  2 biji telur ( dipukul sedikit)
*  1 sudu besar vanila
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 paket fresh blueberry

Cara memasak
1- pukul telur dan ketepikan
2- Campurkan semua bahan kering dan gaul rata
3- Tuangkan susu kedalam adunan gandum dan kacau hingga bahan sebati.
4- Masukkan pula minyak masak , susu dan vanila dan kacau lagi.
5- .Akhir sekali masukkan buah blueberry dan gaul sebati.
6- Sapu sedikit minyak masak pada donut pan dan masukkan adunan ( jangan sampai penuh).
7- Bakar dgn suhu 170 selama 10 minit hingga donut masak.

1 comment:

  1. wah nampak bolat2 tu Puan Ros mesti sedap sangat tu kan, ada blueberry lagi i likee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info