Mereka yang sudi.......

Saturday, January 10, 2015

Double Choc Muffin with butterscotch sos

Salam, dah lama tak post resepi. Terkesima dgn kejadian banjir dinegeri tanah tumpah darah kita, makanya tak sampai hati nak cerita pasal makanan. Alhamdulillah mak ayah selamat dari musibah banjir.Walau apa pun keadaannya hidup mesti diteruskan.Tolong sekadar termampu dari kejauhan.Muga Allah permudahkan segalanya bagi mereka.
Jom tengok resepi muffin dari makcik goggle yg diubah 2 3 jenis bahannya.
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang
1/2 cawan koko powder
1 sudu kecil baking soda
1 biji telur
1 tupperware sour cream
1/2 cawan susu segar(boleh tambah jika adunan pekat sangat)
1/2 cawan minyak masak
1/4 cawan chocolate chips
1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan kering dalam 1 mangkuk
2- Campurkan semua bahan basah dan pukul hingga bahan sebati.
3- Campurkan bahan kering kedalam bahan yang dipukul tadi dan kaub dan balikkan hingga semua bahan sebati.
4- Sapukan butter pada acuan muffin dan masukkan adunan muffin kedalamnya(jangan penuh sangat).
5- Panaskan oven dgn suhu 180 dan bakar muffin hingga masak.
6- Bila muffin dan sejuk, celup kan dalan sos butterscotch yang telah disediakan terlebih dahulu.Taburkan kekacang pilihan masing2 dan siramkan sedikit lagi butterscotch diatasnya.
P/s: untuk butterscotch boleh la google ya.

3 comments:

  1. selamat tahun baru Puan Ros. ualah kan banjir kali mmg paling teruk rasa nya terasa macam bekas tsunami tengok dari tv tu, tapi kita hanya mampu berdoa saja, kabar nya air naik lagi kan subhanallah, semoga ada hikmah disebalik apa yg ALLAH bagi ni.
    apa pun muffin ni mmg terbaik siap ada sos butterscotch lagi u....

    ReplyDelete
  2. Salam kak noor, tu la..banjir teruk , pasti ada hikmahnya.
    Miffin ni pun banjir jugak nampaknya...hihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info