Mereka yang sudi.......

Sunday, April 20, 2014

Lemak Kuning Ikan Goreng

Assalam semua..alahai..lamanya tak berblog. Kejang tangan nak menulis resepi dan mengedit gambar. Hari ni datang pulak angin pus-pus berblog.
Pn Ros nak mulakan dengan resepi yang sangat simple ni....yang ideanya datang sebab memang tak ada idea nak masak apa! Sigh..
Bahan-bahannya
* 5 ekor ikan selar
* 200 ml santan kotak dicampur dgn 1/2 cawan air
*1/2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 batang serai,
   Sedikit halia dan kunyit hidup jika ada
* 5 biji cili padi- bergantung pada kepedasan yang diingini.
* garam + gula secukup rasa dan sedikit air asam jawa
Cara-caranya
1- Bersihkan ikan dan sapukan garam dan serbuk kunyit.Biarkan sebentar.
2- Masukkan santan kedalan blender, masukkan pula semua bahan diatas,blend hingga sebati. Tuang air kedalam blender dan blend  dlm 1 2 minit lagi.
3- Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ikan hingga garing.
4- Bila semua ikan siap di goreng, buangkan separuh dari minyaknya, masukkan bahan kuah yang diblend tadi kedalam kuali dan masak hingga santan hampir mendidih , masukkan semua bahan perasa dan sedikit air asam jawa.
5- Masukkan ikan goreng tadi dan 2 biji cili merah yang dibelah 2, masaklah hingga kuah mendidih dan pekat. Balikkan ikan tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan kuah mendidih perlahan dan pekat.Tutup api, siap untuk dihidang

3 comments:

  1. bagus gak idea kak ros ni... kat rumah tu kadang2 payah sikit nak habis kalau ikan goreng aje, bolehlah cuba lepas ni... lama menyepi ni apa projek agaknya...

    ReplyDelete
  2. Salam kak ros.. mesti lg sedap dr ikan masak lemak biasa kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

click the ads for more info