Siakap Bersantan
Resepi:P.Ros@SinaraMenu
Bahan-bahan
* Seekor ikan siakap saiz sedehana dibersihkan dan potong buterfly
* 200 ml santan dlm kotak
* 4 ulas bawang merah
* 3 biji cili padi
*2 sudu besar cili boh
* Kunyit hidup sebesar jari kelingking
* Halia sebesar ibu jari
* 2 batang serai
* Beberapa batang daun kesum dan ambil daunya saja
* 2 helai daun pudina
* 1 batang daun bawang
Cara memasak
1- Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan hingga garing.Ketepikan
2- Blender semua bahan kecuali daun bawang dan daun pudina
3- Buang separuh dari minyak mengoreng ikan tadi dan tumiskan bahan2 yang telah diblender hingga garing dan terbit bau.
4- Masukkan santan dan kacau rata.Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.Masukkan sekeping asam keping dan biarkan kuah mendidih dan pekat.
5- Buang kepingan asam tadi dan tutup api.Siram kuah keatas ikan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun pudina.Hidang semasa panas-panas.
wah sedapnya tgk siakap ni Kak Ros..memang menyelerakan mkn ngan nasi putih panasx2 ni..:)
ReplyDeletekak rose...memalam dtg sini..nak tgk menu lauk best ni...nak join confirm abis dah kan kak rose...:)
ReplyDeletesiakap memang sedap! lagilah kalau masak begini,mau tambah nasi lebih ni Puan Ros!
ReplyDeletesalam kak ros...
ReplyDeletewahh.. mesti sedap ni.. ala2 ikan percik tp ada sikit kelainan ngan kehadiran daun2 tu... terliur tgk... kat rumah ni anak2 kurang suka ikan.. tp ibunya mmg suka sgt mkn ikan.. hehe..
salam kak ros...wahhh harum semerbak bau siakap tu, lbh2 lg guna daun kesum...Liza suka kalau msk guna daun kesum bnyak2...wangiiii
ReplyDeleteAslmkum k.Rus
ReplyDeleteikan siakap mmg sedap dimasak....tambah dg kuah santan pekat atas ikan tu lagilah buat sedap.
Asalamualaikum kak Ros..
ReplyDeleteSedapnya ikan siakap... Nyum..nyum..
Ros, sedapnya...pasti wangi je bau dengan daun kesum tu...kalau dapat ni pasti boleh lupa nak toleh kiri kanan dah!
ReplyDeletekak Ros cayang ,untuk dinda tak de ka?
ReplyDeletewahhh...kak ros sangat-sangat menyelerakan
ReplyDeleteThank u to all my lovely friends for the comments.Badan tak brapa sihat dan agak banyak benda nak diuruskan.Nanti kita BW bila dah lega sikit ya.
ReplyDeleteaslmkum kak ros.. smga kak ros sihat2 selalu.. sedap tgok ikan siakap ni..
ReplyDeleteakak... makcik saya kalau masak gulai lemak pun kadang2 suka letak daun kesum ni...ada la skit kelainan rasa gulai tu...
ReplyDeletekalau ikan besar cam gini masak resepi apa pun best...hhehehe
waaa kak ros..dapnyer ikan ni..hari tu nampak kak amie buat kini muncul pula di dapur kak ros..bila la dia akan muncul di dapur mieza pula..tunguuuuuuu
ReplyDelete