Pulut kepal



Salam to all my dear friends,pagi semalam tak tahu apa nak masak for breakfast,nampak ada separuh paket beras puluh lalu keluar la resepi 3c(Cepat dan campak2)  sekali lagi. Pulut ni digandingkan dgn ayam masak rempah(ayam pun ada ciput aje dalam peti ais). Kita lebih suka makan pulut ni bersama kerak2 ayam tu.Alhamdulillah kenyang sampai ke petang.
Bahan-bahan Pulut
* 4 1/2 cawan  beras pulut (cawan rice cooker)
* 200ml santan kotak dicapur air secukupnya agar menutupi sedikit paras beras pulut semasa memasak (bergantung la pada keadaan beras ya)
* Garam secukup rasa
* 2-3 titik pewarna kuning
basuh beras pulut dan masukkan semuanya kedalam periuk nasi letrik dan masak macam masak nasi.Biarkan suam sedikit.
Sapu sedikit minyak makan pada tangan dan kepal pulut bulat-bulat.
Resepi Ayam Rempah
* 6 ketul ayam saiz kecil dan sedang
* 3 batang serai
*1/2 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 3 keping nipis lengkuas
*Halia dan kunyit sebesar jari kelingking
* 1 sudu kecil sebuk ketumbar,1 sudu kecil,serbuk jintan manis dan 1 sudu kechil jintan putih
* 1 sudu kecil rempah kari
* Garam secukup rasa
Campurkan semua bahan didalam blender dan masukkan sedikit air.Kisar halus.Campurkan dengan ayam dan perap sekejap.
Masukkan ayam kedalam kuali dan masak ayam hingga air agak kering.Masukkan pula dalam 1/2 cawan minyak masak atau lebih dan goreng ayam hingga masak dan perang dan kerak-keraknya garing. Siap dihidang bersama pulut kepal.

Nota: Masa masak pulut tu bila pulut dah masak,tutup terus suis periuk supaya pulut tak berkerak.
                                                            happy cooking

Comments

  1. Ros, lapo lak pepagi ni nampak pulut tu... ishhh sodap ni kalau dapat. boleh kenyang sampai kepetang!

    ReplyDelete
  2. K Ros

    pulut is one of my fav, kak! esp makan dgn yg pedas2..uisshhhh sodap la..and kudos to u kak! that RV pancake & tuna roll kat bawah sinun..sungguhlah kreatip nya!!

    ReplyDelete
  3. Salam kak Ros memang boleh kenyang sampai petang.

    ReplyDelete
  4. Salam Yat,suka la tengok Yat sekali2 masuk dapur Kak Ros.RV and tuna Roll tu memang sedap Yat.

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk pulut ni kak ros...simpan sikit yer nk bf esok..sekrng kat sini dh lewat mlm..dah ngantuk nk tido dulu..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kakros..selamat pagi...:) saya tak pernah masak pulut tanak...biasa kukus...buat kepal2 cam gini pun best makan...

    ReplyDelete
  7. AS'salam Pn@Kak Ros

    Ct datang ni kak Ros, adalagi tak pulut kepal untuk ct ni. Teringat kat arwah mak, cukup marah kalau kita anak2 nya makan pulut pagi2 dululahhh.. katanya nanti perut masuk angin..hehehe.

    Tapi sekarang ni dah tak kisah dah, cuma ct ni tak boleh makan pulut banyak sangat rasa sebu jer perut ni nanti.

    ReplyDelete
  8. salam kak rose....sodapnyaaaaaa....meh sini 2 3 kepal....hihihihi

    ReplyDelete
  9. Kak ros..mieza suka pulut..pulut kaler kuning lak tu..suker..sedap! last wiken dah makan pulut jadi menu ni masuk waiting list dulu hehehe

    ReplyDelete
  10. Wah...tertenggek cantik ayamnya Ros...akak...kalau breakfast macam nie..memang cuka cekali....puas makan macam ni tengah hari boleh skip lunch.

    ReplyDelete
  11. as-salam kak ros
    sedap npk pulut kepal tu..mkn satu pun tak cukup ni..

    ReplyDelete
  12. Aslmkum k.Rus
    kalau pulut mmg laku kat rumah...anak2 suka...tambah mkn dgn ayam...sedap.
    menariknya pastry puff tuna kat bawah tu....

    ReplyDelete
  13. Assalam kak ros,
    menu pulut kepal ni baru first time tengok ..
    dah lah kita tak pernah masak pulut kuning tu yang gunakan steamer pulut serimuka adalah..creative betul kak ros nilah..red velvet pancake kat bawah tu pun cantik kita tengok..

    ReplyDelete
  14. Thank u untuk semua yang mengomen kat atas tu ya.Wah hari ni kak Ros jual pulut kuning agak laku le...suka3.

    ReplyDelete
  15. ni fav kita ni ros tapi bila dah berumur ni tambahan ada penyakit darah tinggi kena kawal lah makan pulut ni kan?..ayam tu pun nampak sedap..

    ReplyDelete
  16. Nim.Betul tu dah umur macam kita ni makan nak jaga jugak kan.Tapi kita tetap bantai apa sja yang mendatang dan pulut tu tak payah cakap la...Hanya makan BEBERAPA KETU SAJA!!!hahahha

    ReplyDelete
  17. Wah sedapnya pulut lawan dgn ayam, kenyang makan...

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Ros...wahhh saya kalau pulut memang suka, tapi kalau makan di hari minggu, maunya mata kuyuuuuu je lepas tu....ha ha ha duk layan ngantuks pula...Kalau buat versi putih boleh makan ngan kelapa parut dan ikan masin pula yaaaaa

    ReplyDelete
  19. Kak TNT...memang kenyang.Kita makan berkepal-kepal dgn kerak ayam je...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum akak ros cayang..
    sedapnya ada pulut kepal kat cnie... sukanya makan kalau ada bab pulut gini... mmg fav diana selamanya nie akak... sedaaap

    ReplyDelete
  21. Sue..memang niat kak ros nak makan dgn kelapa dan ikan kering,tapi bahan tu semua tak de dan malasnya nak gi kedai.Itu la keluarnya resepi 3C ni.Tapi sedap juga sue..

    ReplyDelete
  22. Salam Diana..memang sedap..berkepal-kepal kak Ros makan.Maalum la nak menambahkan kepalan lemak dlm badan..hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts