Pastry Puff Tuna Log
Salam hari minggu.Sebelum tulisan ni dipanjangkan disini kita nak ucap terima kasih pada tuan resepi,semestinya tak lain dan tak bukan The one and only Kak1 dari blog citarasawan. kak1, Ros dah tukarkan nama resepinya sempena hari krismas yang akan menjelang tiba.jadi dengan itu ampun dan maaf dipinta ya.
Actually apart from our own Hariraya,we also celebrated Krismas and Chinese New Year as a respect to my laling's family.Normally there will be a family gathering and makan-makan.And my 3 girls always looking forward for their aunt's cooking. Wellington beef is one of their favorite.
Bila kita tengok Kak1 post resepi ni ,1 malam kita mimpikanya dan pagi tadi terus buat project ni.kalau krismas biasanya ada Choclate Yule log,tahun ni kita nak introduce resepi ni kat my sis-in-law.So that is the reason kita tukarkan nama resepi ni.Bahan dan caranya tetap sama.Lebihan dari pastry ni kita gulungkan bersama blueberry jam dan hasilnya juga sedap.So memang dah angan2 nak buat dengan blueberry jam pula lepas ni.
Seperti yang Kak1 cakap pastrynya yang cair dan rapuh dalam mulut dan bagi pengemar tuna seperti tukang2 makan kat sini resepi ni memang patut dicuba.
Choux Pastry
Resepi Asal : Kak1 citarasawan
Sumber 1: P.Ros @ sinaranmenu
Bahan-bahan
* 100 grm majerin ( P.Ros guna butter)
* 200ml air* 1/4 sudu garam
* 100grm tepung gandum
* 3 biji telur
Inti Tuna
* 1 tin kecil tuna,toskan airnya
* 1/2 labu bawang dicincang
* 1 ulas bawang putih dicincang
* 1 batang daun bawang dipotong
* 1 tangkai cili dicincang (P.Ros tak masukkan)
* 1/2 batang carrot didadu (P.Ros gunakan 1 batang)
* sedikit lada putih
* garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar mayonies
* 1 sudu besar tepung gandum
* 1 sudu besar majerin untuk menumis
Cara-caranya
1- Air,garam dan marjerin dimasak hingga mendidih.Tutup api dan masukkan tepung gandum kacau dengan cepat hingga menjadi doh.Buka api dan masak 2-3 minit lagi.Sejukkan.
2- Masukkan sebiji telur dan kacau hingga sebati.Masukkan telur berikutnya satu persatu dan kacau hingga menjadi adunan likat.Masukkan dalam piping beg dengan nozzle saiz sedang bentuk bulat/bintang(no 22) (P.Ros guna nozzle bergerigi dan tak tahu brapa no saiznya)dan paip memanjang dan rapat2 dalam loyang yang sudah dilapik dgn kertas minyak atau parchment paper dan disapu dengan shortening supaya tidak melekat.
3- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25 minit dirak atas. keluarkan dari oven dan cucuk pastry yang mengelembung dengan garpu.Masukkan kembali dalam oven dan bakar dirak tengah selama 15 minit lagi hingga keperangan.
4- Angkat dan letakkan diatas redai.Kempiskan jika adunan mengelembung dengan tangan.Biarkan suam.Terbalikkan pastry diatas sekeping kertas minyak. keluarkan alasnya dengan cermat .Gunting tepi pastry dan buang bahagian yang keras supaya senang menggulung.(P.Ros tak gunting tepinya)
5- Sapu permukaan pastry dengan mayonies hingga rata,ratakan inti tuna diats pastry dan gulung hingga padat dan kemas.
Cara memasak inti tuna
1- Toskan tuna dan lecekkan sedikit
2- Panas kan butter ,tumiskan bawang hingga naik bau.masukkan carrot dan biarkan sebentar.Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
3- Masukkan 2-3 sudu besar air dan isi tuna,gaul hingga rata dan perasakan dgn garam,gula dan lada sulah.Masak hingga nampak pekat.Angkat dan gaulkan dengan mayonies dan daun bawang.
4- Sejukkan dahulu dan ratakan diatas pastry.
happy cooking
Assalam Puan Ros,
ReplyDeletewaduh! enak banget nih... lapar perutku memalam datang sini...adeeehhhh
Rossss bykkk santek rupa llog ni...k1 pun terpegun.. owhh laling celebrate krismas yaa.. Sesuai sgt ross utk krimas ni..
ReplyDeletesalam kak ros
ReplyDeletetak pernah tengok puff boleh digulung jadi log... hihi... macam nampak betul... resepi nampak sedap...:)
Salam Kak Ros,
ReplyDeleteMenarik sangat resepi ni, mesti sedap bila dimakan.
Salam Anie memang enak banget seh.Kok boleh dicuba ya.Hihihi dah jadi mak indon pulak kita ye????
ReplyDeleteKak1 a million thank you for the resepi ya.banyak lagi resepi kak1 dalam list Ros.Tunggu masa nak buat je.
ReplyDeleterajinnya kak ros buat pastry sendiri..kagum betul la...hehehe....nak tunggu saya buat tak tau la bila sebab malas skit...hehehe...suka tuna...nak makan tapi malas nak buat...cam ne tu? hehehhe
ReplyDeleteSalam Wani,Kak Ros pun sama.Kalau tak buat experiment ni tak tahu pau sesenang tu boleh digolong.Kak Ros suka gi dapur Kak1 tau.
ReplyDeleteSalam watie.memang sedap.Kak Ros suka warnanya.
ReplyDeleteQ..nampak je susah.sebenarnya senang je membuatnya.
ReplyDeleteKak ros..tayang puff sedap lagi..terliur je pepagi nengoknya..dah la belum bekpes ni..mcm sedap je kak
ReplyDeleteAs'salam Pn@kak Rose
ReplyDeleteSalam pagi k.rose, terpesona jap lihat menu dari k.rose ni. baru jer berapa hari nampak dalam blog k.wan dah sampai sini. bila tengok macam susah jer nak buat. Tapi bila baca resipi tu 2-3 kali mudah2an bolehlah buat nanti kan :)
Nak mintak kompom lah dah habis ni sebab dah berderet2 yang datang dulu..hihihi
as-salam kak ros
ReplyDeleteuiyyooo..ngancam betul Pastry Puff Tuna Log ni..kreatif lah kak ros ni..npk sedap..
salam kak ros....Liza pun ada tgk kat blog k1, tp xberani nk buat,tkt xjd....hihihihi
ReplyDeletecantik akak buat, kemas jer...
mieza..terliur ke???dah habis..kebetulan anak buah pun ada kat sini...so sekali ngap je..semuanya tak cukup.
ReplyDeleteCt..nampak susah tapi sebenarnya tak.Cuba la buat.Pasti budak2 suka.
ReplyDeleteSalam Ady, kak ros cilok resepi dari rumah kak1. Dia tu memang kreatif..kak ros tabik spring la dengan dia.
ReplyDeleteSalam Liza.Jangan takut.Cuba je buat.Memang nampak susah,sebenarnya tak.Senang je membuatnya.Budak2 pasti suka ni.
ReplyDeletekak ros cayang cantiknya terguda anikmu ni tau
ReplyDeleteMimi ahlam wasahlam...le.Cantik ke???Boleh cuba buat jika suka.Mimi ni macam biskut la..kejap ada kejap tak de..
ReplyDeletemak aii... comeynya.. saya suka 2x! boleh try this weekend...
ReplyDelete