Siakap Kukus

Salam Ramadhan untuk semua.Hari ketiga berpuasa..tapi dah kehabisan idea nak masak apa???Hemmm....teringatkan dua puteri yang bekerja keras diopis tu,kesian pula.Tercari-cari resepi yang sedap tapi simple untuk dibuat,Tengok kat ais box,macam-macam ada rupanya. Hari ni turn si siakap ni,untuk menghambakan diri dimeja makan waktu berbuka nanti.
Resepinya resepi koboi je..main bantai apa yang ada..janji sedap.. tengok le daun parsly yang dilonggok atas badan ikan tu,,,tapi habis dibantai dek orang2 yang memang sedang kelaparan masa berbuka tadi...Alhamdulillah.mai jengok resepi koboi ni ya..
Bahan-bahannya
* 1 ekor ikan siakap sederhana besar
* 3 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
* 1/2 biji bawang besar
* 3 batang serai
* 1 biji cili merah
* beberapa biji cili padi
* 2 tangkai daun pasly
*1 1/2 ketul kiub perisa tomyam
* 1 sudu kecil kicap cair
* sedikit gula
* 1 ke 1/2  cawan air 
Cara memasak 
1- Ikan dibasuh bersih dan dikelar.Lumurkan sedikit garam dan taburkan bawang putih dan halia yang telah dicincang halus.
2- Panaskan air dan kukus ikan sampai masak.Ketepikan.
3- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar,bawang putih,potongan cili merah dan cili padi yang dibelah dua.Kacau sebentar dan masukkan pula serai yang dititik.
4- Kacau bahan hingga terbit bau dan masukkan 1 1/2 cawan air.Tambah kiub tomyam dan kacau hingga kiub hancur, Masukkan pula beberapa sudu air kukusan ikan tadi dan baki selebihnya boleh la dibuang (sebab takut kuah berbau hanyir kalau terlalu banyak air ikan yang digunakan.tapi pastikan bawang putih dan halia tidak dibuang).
5- Masak kuah hingga mendidih,masukkan kicap cair dan sedikit gula.Kacau sebentar lagi.Tutup api.
6-Tuangkan kuah keatas ikan hanya apabila sudah sedia untuk dimakan dan potong daun pasly dan taburkan diatas ikan tadi.(Kuah boleh dimasak awal dan panaskan semula sebelum dihidangkan).

                                                         happy cooking


Comments

  1. salam selamat bepuasa...sdp tu ikan kegemaran saya ni....

    ReplyDelete
  2. Salam Sheila...Kak Ros pun....kepala, ekor semua bantai.nasib baik tak tercekik tulang..hahhaha

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Ros! Kak sihat, Ros bagaimana pula? Walau pun resepi koboi, nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  4. as-salam kak ros
    selamat menyambut bulan ramadhan buat kak ros sekeluarga..... sungguh menyelerakan ikan kukus ni kak ros..kena on hold dulu resepi ikan2 sebab tak mkn ikan bulan puasa..selepas puasa baru blh...hahahaa..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ros...selamat berpuasa
    nampak sedap la siakap kukus itu..

    ReplyDelete
  6. wow siap ada kuah lagi..selalu saya buat kering kontang jek..hehe
    salam ramadhan n selamat berpuasa puan ros...

    ReplyDelete
  7. Salam kak ros, salam ramadhan buat akak sekeluarga, moga diberi kesihatan yg baik sepanjang menjalani ibadah ni n utk hari2 yg seterusnya, terima kasih dtg singgah :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts