Kerabu Lemak Jantung Pisang

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua rakan blogger dan pengunjung sinaranMenu yang disayangi.
 Dah beberapa hari tak bersiaran dek kesibukan kerja dan sedikit angin pus-pus kemalasan mengadap laptop. Kerabu jantung pisang yang dibuat 2 hari lepas. Pekena pula dgn ikan kering memang sedap la.. boleh makan nasi perpinggan-pinggan.Layar saja resepinya yang memang senang saja untuk membuatnya.

Bahan-bahan
* 1 biji jantung pisang sederhana besar
* 200 ml santan kotak
* 2 ekor ikan kembong
* 1/2 biji bawang besar
* 4 ulas bawang merah
* beberapa batang daun kesum
* beberapa biji cili padi + 1 biji cili merah
* 1 paket kecil kerisik kelapa
* Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1- Jantung pisang dipotong 2 dan dihiris nipis-nipis, Basuh bersih bersama sedikit garam.Ramas-ramas sedikit semasa membasuhnya.Bilas bersih selama beberapa kali.Masukkan kedalam periuk dan rebus hingga empuk.Toskan airnya dan ketepikan.
2- Ikan direbus hungga empuk dan ambil isinya. Tumbuk isi ikan bersama bawang merah dan sedikit garam dan gula.
3-Masukkan santan kedalam mangkuk tahan panas. Campurkan pula isi ikan yang ditumbuk tadi dan kerisik,.Kacau sebati.Masak santan dalam microwave  selama 1 ke 2 minit. Keluarkan santan dan sejukkan (santan juga boleh dimasak diatas dapur hingga mendidih).
4- Setelah santan sejuk, gaulkan jantung pisang dan santan tadi.Campurkan juga hirisan bawang besar cili padi,cili merah dan daun kesum.Jika perlu tambah garam atau gula.(boleh juga diperah sedikit asam limau jika suka). Siap untuk dihidang.
                                                      happy cooking

Comments

  1. Selamat pagi Kak Ros,
    salam Ramadhan dan selamat berpuasa, patutlah macam sepi aje beberapa hari kebelakangan ini, tak apa Kak Ros, bila angin rajin datang bolehlah up-date blog he he he hhh

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera puan ros... selamat berpuasa mohon kemaafan dari kak ilah jika ada sebarang kesilapan...betul kata amie tuuu ...

    ReplyDelete
  3. Salam Amie,selama berpuasa ya...masakan yang sedap-sedap dari dapur amie ditunggu ya.

    ReplyDelete
  4. Salam ilahjy,selamat berpuasa juga ya.Nanti tayang la segala biskut raya yang dibuat tu ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts