Stew Bebola daging

Salam makan malam.Pastinya semua dah pun makan malam kan?Malam yang panas ni agaknya akan berpanjangan sampai besok.Maybe I should consider to join the kids for swimming class at the kindergarten tomorrow.I wish.....
Anyway I cooked this simple stew for dinner tonight.Kalau tak nak makan dgn nasi boleh makan dgn roti..Jom tengok resepi.

Bahan-bahannya
* 15 biji bebola daging (P.Ros beli yang dah siap)
* 2 biji kentang dipotong bulat (P.Ros guna cookies cutter)
* 1 biji carrot dipotong bulat (P.Ros guna cookies cutter)
* 1/2 biji capsicum merah dan 1/2 biji capsicum kuning
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 1/2 sudu tomato puree
*1 sudu besar butter
* 1/2 keping kiub pati ayam
* 2 1/2 cawan air
* 1 batang kayu manis
* 1 keping bunga lawang
* garam dan gula secukup rasa 
* 1/2 sudu kecil mix spiece (Mccomick)


Cara memasak
1-Panaskan butter,tumis bawang putih dan bawang besar, goreng hingga layu.Masukkan pula kayu manis dan bunga lawang.
2-Tambah tomato puree dan goreng hingga terbit bau.Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
3- Masukkan bebola daging diikuti oleh kentang dan carrot.Biarkan ia mendidih.Tambah kiub ayam,gula dan garam.Masukkan capsicum.
4- Masukkan pula mix spieces. Kecilkan api dan biar stew merenih dalam 1/2 jam atau sampai kentang dan carrot lembut.
5- kentang yang dah lembut tadi gunakan separuh untuk dilecek hancur dan campur bersama kuah dan kacau sebati.Ini bagi menolong memekatkan kuah stew.Makan lah semasa panas-panas.

Comments

Popular Posts